Khazanah Pantun

Pantun Melayu klasik

2560 rangkap warisan, tersusun ikut tema. Rangkap pilihan disertai huraian makna dan analisis rima.

Pelbagai

Nak mandi marilah mandi,Setimba kita berdua,Nak mati marilah mati,Sekubur kita berdua.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Isi gulai dalam dulang,Mahu disaji dalam hidangan;Jangan terlebih jangan terkurang,Bagus sama dengan timbangan.

Pantun Dondang Sayang, Lim Hock Choon (Melaka, 1950)
Sindiran

Cik embong orang melaka,Tanam peria tepi pantai;Jangan sombong tuan berkata,Adakah buaya menolak bangkai?

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Apa tanda hari nak petang?Anak merbah terciap-ciap;Apa tanda saya nak datang?Darah di dada girap-gemirap.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Pulut lemang jualan Dolpata,Dijumpa jualan anak si Huntong;Monyet siamang tangannya patah,Jumpa dahan boleh bergantung.

Pantun Dondang Sayang Baba, Negeri-Negeri Selat
Berkait

Atas pucuk kayu ara,Lebat daunnya pokoknya rindang,Hilang kedalam bilik nak dara,Cuma meminta rokok sebatang.

Wikisource (CC BY-SA)
Pelbagai

Hujan turun renyai-renyai,Berteduh di bawah perahu;Panggil abang di dalam serunai,Panggil mulut orang kan tahu.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Manik sambau ditumpahkan,Pucuk sawi-sawi muda;Di minangkabau baju disudahkan,Di betawi baharu di kesumba.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Pasir Panjang tanahnya rata,Nampak dekat Belakang Mati;Sungguh jauh dari mata,Tetapi tidak dari hati.

Panton Dondang Sayang Baba (Koh & Company, Singapura, 1912)
Budi & Jasa

Burung serindit terbang melayang,Singgah hinggap ranting jarang;Duit ringgit dipandang orang,Budi bahasa jarang dipandang.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Lembu ini lembu Surati,Bawa badan pulang ke Jawa;Bertabur kasih bagai di hati,Timbangan badan dengan nyawa.

Malay Pantun Book, Lim Hock Soon (T.T. Wee, Singapura, 1929)
Pelbagai

Sirih acih warna perang,Kuntum melati sukar digubah;Bercerai jauh kita sekarang,Di dalam hati jangan berubah.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Berkait

Kalau tuan pergi ke Kelang,Saya hantar sampai ke Linggi,Kalau tuan menjadi helang,Saya menjadi kayu tinggi.

Wikisource (CC BY-SA)
Pelbagai

Bukan ke besi dibuat parang,Letak mari di muka pintu;Kadang benci kadang sayang,Orang berkasih bukan begitu.

Pantun Dondang Sayang, Lim Hock Choon (Melaka, 1950)
Pelbagai

Setiap hari panas terik,Tengok orang jemur ikan;Tunjuk akal dengan cerdik,Saya jangan tuan bodohkan.

Malay Pantun Book, Lim Hock Soon (T.T. Wee, Singapura, 1929)
Pelbagai

Hari panas kera termenung,Jatuh dipuput angin selatan;Ikan menangkap di pucuk gunung,Singa mengeram di tengah lautan.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Orang selesema sakit berhingus,Lubang hidung rasa terkambus;Ibarat seperti telur kemungkus,Benci nak pandang rasa cemus.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Bukan tak mahu menanam padi,Takut dimakan bena belalang;Bukannya saya tak mahu berbudi,Takut juga bencana orang.

Akhbar Peranakan Baba: Kabar Slalu & Kabar Uchapan Baru (1924-1926); juga dalam Pantun Dondang Sayang Baba, Chia Kim Teck (Melaka, 1950)
Pelbagai

Usahkan pinang di parit,Lagi sabut saya torang;Usahkan bintang di langit,Rambut di kepala dapat kubilang.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Tetak bambu panjang sepuluh,Hendak dijolok sarang penyengat;Angkat tangan jari sepuluh,Doa minta semuanya selamat.

Panton Dondang Sayang & Nyanyian Lain-Lain, Wan Boon Seng (Singapura, 1931)
Pelbagai

Patah pasak di dalam kemudi,Patah di ruang bunga kiambang;Kalau tidak bertemu lagi,Bulan terang sama dipandang.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Raja di gua jalan ke teluk,Cantik halus rupa mukanya;Ibarat buah busuk di pokok,Hilang manis pahit rasanya.

Akhbar Peranakan Baba: Kabar Slalu & Kabar Uchapan Baru (1924-1926); juga dalam Pantun Dondang Sayang Baba, Chia Kim Teck (Melaka, 1950)
Pelbagai

Kita menari keluar bilik,Sebarang tari kita tarikan;Kita menyanyi adik beradik;Sebarang nyanyi kita nyanyikan.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Ilmu & Belajar

Bunyi guruh di tanjung tuan,Bunyi melantas ke selayang;Jika terjamah benda bertuan,Alamat nyawa akan melayang.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Orang berhenti tepi surau,Lihat padi campur jerami;Tujuh tahun musim kemarau,Baharulah sedar rumput di bumi.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Ayam berketuk di tempat sunyi,Orang berkawan pergi ke darat;Dengan sementara guntur berbunyi,Tumbuh cendawan di tanah liat.

Panton Dondang Sayang Baba, Vol. III ed. ke-2 (Koh & Koh Company, Singapura, 1922)
Pelbagai

Tebang selasih merak melayang,Hinggap seekur sebelah kuala;Di sana kasih di sini sayang,Jadi saya serba sala.

Terbitan Peranakan Baba, Negeri-Negeri Selat (1889-1950)
Budi & JasaAdat & Bangsa

Ramai berkahwin raja kelang,Pakai dokoh dengan gelang;Budi baik mana nak hilang,Mesera sampai ke dalam tulang.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Raden Galuh ke dalam kota,Bawa masuk di gua batu;Sakit tubuh di dalam anggota,Ubat yang mana mahu dibubuh.

Panton Dondang Sayang Baba, Vol. III ed. ke-2 (Koh & Koh Company, Singapura, 1922)
Pelbagai

Naik tangga nampak bulan,Selasih berderai apa bunganya;Hendak bertanya kepada tuan,Kasih bercerai apa mulainya.

Panton Dondang Sayang Baba (Koh & Company, Singapura, 1912)
Pelbagai

Raden Galuh tunduk bersembah,Lucut cincin dari jari;Kata tuan tidak berubah,Berubah juga di ini hari.

Panton Dondang Sayang Baba, Vol. III ed. ke-2 (Koh & Koh Company, Singapura, 1922)
Pelbagai

Kalau tuan tombak rencana,Ambil gantang sukatkan pulut;Kalau tuan bijaksana,Apa binatang tiada berperut. (10 J.

Akhbar Peranakan Baba: Kabar Slalu & Kabar Uchapan Baru (1924-1926)
Pelbagai

Tekan sedak bunyi rebana,Bunyi gong rumah Cik Ali;Tiada sebab tidak kerana,Saya tergantung tidak bertali.

Panton Dondang Sayang & Nyanyian Lain-Lain, Wan Boon Seng (Singapura, 1931)
Pelbagai

Orang berjalan lompat gagak,Tahu langkah terangkak-rangkak;Berjumpa bisu dengan pekak,Tak dengar tak erti hati rosak.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
AgamaSindiran

Mati di lilit ribu-ribu,Laksamana tukang tutuhnya;Carilah akal dengannya tipu,Bagaimana akan membunuhnya?

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Kait-kait di tepi desa,Akar perpat menahan luka;Buruk baik akan periksa,Asal dapat dengan suka.

Terbitan Peranakan Baba, Negeri-Negeri Selat (1889-1950)
Pelbagai

Asam kandai asam gelubi,Bawa belayar pergi seberang;Pandai-pandai bawa diri,Supaya jangan dicela orang.

Pantun Dondang Sayang, Lim Hock Choon (Melaka, 1950)
Pelbagai

Sirih kuning pinangnya kelat,Hanyut kiambang berjari-jari;Putih kuning warna sakhlat,Hilang tak dapat abang mencari.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Encik Mahat orang Mangkabur,Pasang lukah di Tanjong Jati;Lautan sarat pulau bertabur,Siapa tidak suka di hati.

Malay Pantun Book, Lim Hock Soon (T.T. Wee, Singapura, 1929)
Pelbagai

Tentu sagar itu lapuk,Mengapa dipatah-patah?Tentu gadung itu mabuk,Mengapa dirata-ratah?

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Adat & Bangsa

Anak kambing putera dewi,Mengulam pucuk akar beludu;Sirih raja, pinang menteri,Yang mana patut dimakan dahulu.

Overbeck, The Malay Pantun (JSBRAS No. 85, 1922)
Pelbagai

Kain cukin dibuat mandi,Sudah basah dibawa pulang;Budi sedikit dibawa mati,Harta tinggal bahagian orang.

Malay Pantun Book, Lim Hock Soon (T.T. Wee, Singapura, 1929)
Pelbagai

Cik suri menjual ubat,Ubat bernama panglima jati;Tutur sepatah laksana syarbat,Manis terlekat di jantung hati.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Ada satu anak seberang,Setiap hari gergaji papan;Saya bagai burung terbang,Dipukul angin mencari makan.

Malay Pantun Book, Lim Hock Soon (T.T. Wee, Singapura, 1929)
Pelbagai

Kalau tuan tombak rencana,Ambil gantang sukat pula;Kalau tuan bijaksana,Apa binatang tiada kepala. (10 J.

Akhbar Peranakan Baba: Kabar Slalu & Kabar Uchapan Baru (1924-1926)
Pelbagai

Ganggang-genjur sirih kuning,Letak di majlis jamu menteri;Tuan laksana air yang hening,Tiada payah di tapis lagi.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Buah mempelam dipukul angin,Beli rebung barang sebuku;Rindu dendam bukannya main,Kalau burung terbanglah aku.

Terbitan Peranakan Baba, Negeri-Negeri Selat (1889-1950)
Pelbagai

Daun pandan bunga rampai,Campur minyak dengan jebat;Tuah di badan jikalau sampai,Niat yang mana boleh tak dapat.

Malay Pantun Book, Lim Hock Soon (T.T. Wee, Singapura, 1929)
Pelbagai

Hendak ditebang tidak tertebang,Tanam keladi dimakan kambing;Hendak dibuang tidak terbuang,Sudah menjadi darah daging.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Banyak orang bergelang tangan,Saya seorang bergelang kaki;Banyak orang melarang jangan,Saya seorang menurut hati.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Ilai reke batang padi,Hanyut berderai sampai ke hulu;Telur itik karam tak jadi,Bila boleh tumbuh bulu.

Terbitan Peranakan Baba, Negeri-Negeri Selat (1889-1950)
Pelbagai

Sirih kuning pinangnya kelat,Dimakan orang pagi hari;Putih kuning gigi berkilat,Hilang di mana abang nak cari?

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Bunga sena tepi perigi,Disunting oleh anak melayu;Tuan belum terkena lagi,Jikalau kena, baharulah tahu.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Kapal Arab pergi seberang,Singgah ke pulau beli keladi;Jangan diharap budi sekarang,Ada di mulut tidak di hati.

Panton Dondang Sayang Baba (Koh & Company, Singapura, 1912)
Pelbagai

Air dalam bertambah dalam,Hujan di hulu belum pun teduh;Hati dendam bertambah dendam,Dendam dahulu belum pun sembuh.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Adik kakak sahabat handai,Mari balik ke tempatnya;Apa bijak apa pandai,Dirinya baik itu gunanya.

Terbitan Peranakan Baba, Negeri-Negeri Selat (1889-1950)
Pelbagai

Api malam disangkakan suluh,Duduk berhenti di tepi makam;Orang diam difikirkan bodoh,Bagai api makan sekam.

Malay Pantun Book, Lim Hock Soon (T.T. Wee, Singapura, 1929)
Pelbagai

Anak lipan mati lemas,Mati lemas di bawah papan;Kasihkan tuan seperti emas,Bagai geliga barang disimpan.

Panton Dondang Sayang Baba (Koh & Company, Singapura, 1912)
Ilmu & Belajar

Menyalak anjing perburu,Menyalak dan berkinja-kinja;Jika ada petua guru,Jangan dibawa tidur sahaja.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Terbang bayan terbang tiung,Terbang mari batang baiduri;Bawa parang dengan beliung,Akan membuang sawar berduri.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)