Khazanah Pantun
Pantun Melayu klasik
2560 rangkap warisan, tersusun ikut tema. Rangkap pilihan disertai huraian makna dan analisis rima.
Asap api gulung-gemulung,Anak buaya terlampai-lampai;Rasa hati memeluk gunung,Apa daya tangan tak sampai.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Orang berperang di tengah padang,Ada berkeris ada bertombak;Kalau tidak wang di pinggang,Baik berbudi baik tidak.
Panton Dondang Sayang Baba (Koh & Company, Singapura, 1912)Anak mambang turun melayang,Melayang turun taman Cik Ali;Kalau berbudi sayang-sayang,Baik berfikir lagi sekali.
Panton Dondang Sayang & Nyanyian Lain-Lain, Wan Boon Seng (Singapura, 1931)Masak nasi, potong kerbau,Hendak dijamu raja Berunai;Orang diam dikata bodoh,Sebagai ombak tutup sungai.
Overbeck, The Malay Pantun (JSBRAS No. 85, 1922)Orang berkawan dari seberang,Ke semabok membeli gula;Makan cendawan jangan sebarang,Kalau tak mabuk menjadi gila.
Panton Dondang Sayang Baba, Vol. III ed. ke-2 (Koh & Koh Company, Singapura, 1922)Sirih kerakap di tepi sungai,Petik orang sambil berjalan;Besar cakap burung punai,Dia mahu mati berpayung bulan.
Malay Pantun Book, Lim Hock Soon (T.T. Wee, Singapura, 1929)Ada bulan dikandung awan,Dipagar oleh bintang tiga;Tujuh hari kenyang tak makan,Perut kenyang asyik berkira.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Besar guliga di gua batu,Anak kongkang turun mandi;Ada ketika masa waktu,Gerda disambar burung kedidi.
Panton Dondang Sayang Baba (Koh & Company, Singapura, 1912)Teritip-teritip di tepi kota,Jatuh mari sampan pengail;Iman khatib lagi berdosa,Ini pula kita yang jahil.
Malay Pantun Book, Lim Hock Soon (T.T. Wee, Singapura, 1929)Anak cina menimba lopak,Sakit kaki tikam kayu;Umpama bunga dalam kelopak,Kalau dibuka baharu berbau.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Kerbau balar di hutan Achay,Singgah makan atas peraduan;Sakit tubuh berhutang kasih,Semanja Engsoon atas pangkuan.
Panton Dondang Sayang Baba (Koh & Company, Singapura, 1912)Bunga pekan dalam bungkusan,Sayang setangkai di atas jambatan;Tuan laksana permata intan,Sedikit boleh bernampak kelihatan.
Panton Dondang Sayang Baba, Vol. III ed. ke-2 (Koh & Koh Company, Singapura, 1922)Rokok seribu dibawa bekal,Bawa mudik sampai ke lukut;Kasih tuan haram tak kekal,Sebagai embun di hujung rumput.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Ayam denak dibuat sabung,Dengar kokok pilu rasanya;Tuan umpama suara burung,Pokok kayu akan tempatnya.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Bentang tikar lebar-lebar,Supaya senang tidur merampai;Kalau tuan bersawah lebar,Carikan abang emping bertangkai.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Kutu-kutu di mana tuma?Tuma ada di kain jarang;Adik bungsu di mana bunga?Bunga ada/lagi dikarang.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Rambut hitam berkilat,Sebagai rojak berpetes;Muka bujor mata bulat,Cukop puteh nampak bêtes.
Akhbar Peranakan Baba: Kabar Slalu & Kabar Uchapan Baru (1924-1926)Saya tidak segan menyapu,Sampah banyak di daun dedap;Saya tak segan membuka pintu,Ayah dan emak belum lelap.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Kambing saya sedang lari,Makan taruk kacang bulu;Sirih raja, pinang menteri,Yang mana saya jawat dahulu.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Sepuluh ikan cencaru,Mana sama ikan gelama?Sepuluh ganti yang baharu,Mana sama dengan yang lama?
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Orang berhinai berhitam kuku,Mandi dijirus air mawar;Tuan seorang biji mataku,Racun diminum jadi penawar.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Warna-warna kain batik,Serata pula dengan panjinya;Apa guna rupanya cantik,Jikalau tidak dengan budinya.
Malay Pantun Book, Lim Hock Soon (T.T. Wee, Singapura, 1929)Anak camar di atas batu,Mati seekor disambar helang;Emas tua sembilan mutu,Mengapa campur tembaga loyang.
Panton Dondang Sayang Baba (Koh & Company, Singapura, 1912)Anak sepat dalam padi,Anak seluang meloncat tinggi;Kalau tak dapat bagai di hati,Biar bujang sampai ke mati.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Jikalau tidak kerana bulan,Masakan bintang menyemur pagi?Jikalau tidak kerana tuan,Masakan abang datang ke mari?
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Budak-budak bermain ceki,Ada hitam, ada putih;Seumur lopak menjadi perigi,Anak kedah hendak melebih.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Memutih ombak di rantau,Petang dan pagi tidak bersela;Memutih bunga di pulau,Setangkai sahaja yang menggila.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Dari kuantan ke singapura,Layar kadut disabung angin;Lemak santan manis gula,Tidak sedar racun bermain.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Jika terbang, terbanglah bangau,Ikan senang beralih lubuk;Jika kering, keringlah danau,Senanglah belatuk tumpang duduk.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Sayur lobak baru dicabut,Orang di tanjung membuat sayur;Besar ombak serta ribut,Baik berlindung di balik pulau.
Pantun Dondang Sayang Baba, Chia Kim Teck (Melaka, 1950)Burung rewak-rewak mati berhimpitan,Mati sekawan dalam kurungan;Nak bawa perahu ku sempit,Tinggallah tuan atas junjunggan.
Terbitan Peranakan Baba, Negeri-Negeri Selat (1889-1950)Anak kodok turun ke kolam,Berenang berenang menyusur tepi;Turun ribut hujan semalam,Tanaman pun habis merosak mati.
Panton Dondang Sayang Baba, Vol. III ed. ke-2 (Koh & Koh Company, Singapura, 1922)Pulau pandan jauh ke tengah,Di balik pulau angsa dua;Hancurlah badan dikandung tanah,Budi yang baik dikinang jua.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Kencang-kencang angin di atas,Hendak memutus tali kecapi;Jung lilin, layar kertas,Hendak melalu lautan api.
Overbeck, The Malay Pantun (JSBRAS No. 85, 1922)Bunga pandan betara Indra,Bawa abang ke Deli Medan;Badan terlindung dengar suara,Rasa terhubung nyawa di badan.
Terbitan Peranakan Baba, Negeri-Negeri Selat (1889-1950)Jeruk binjai satu perahu,Makan rusa beranak muda;Tuan cindai saya tahu,Bagi sutera tenun kemoja.
Panton Dondang Sayang Baba, Vol. III ed. ke-2 (Koh & Koh Company, Singapura, 1922)Perahu datang dari Pontian,Sarat muat buah manggis;Jikalau sudah buah durian,Kulit berduri isinya manis.
Panton Dondang Sayang Baba, Vol. II (Koh & Company, Singapura, 1912)Kueh kodok cucur lempeng,Beli makan balik benteng;Sebelah buruk sebelah bopeng,Bubuh bedak sebagai topeng.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Kuda putih di dalam gumbang,Raja Nabab dari kuala;Putih kuning mahkota abang,Itu membuat hatiku gila.
Panton Dondang Sayang Baba (Koh & Company, Singapura, 1912)Pulau pandan jauh ke tengah,Gunung daik bercabang tiga;Seksanya badan sebab fitnah,Seperti ditikam tulang selangka.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Orang beladang di atas bukit,Tetak lengar di Seberang;Cinta sayang bukan sedikit,Racun penawar tuan seorang.
Pantun Dondang Sayang, Lim Hock Choon (Melaka, 1950)Anak beruk di kayu rendang,turun mandi ke dalam paya;Biar buruk di mata orang,cantik manis di mata saya.
Wikisource (CC BY-SA)Bukan saya gali rangas,Saya gali ubi Belanda;Bukan saya pandang emas,Saya pandang budi dan bahasa.
Malay Pantun Book, Lim Hock Soon (T.T. Wee, Singapura, 1929)Hendak tuba ikan di karang,Layar ke puluh beli nila;Dari dulu sampai sekarang,Itu membuat hati ku gila.
Panton Dondang Sayang Baba (Koh & Company, Singapura, 1912)Simpan perak simpan besi,Simpan jarang beraduhan;Tuan seorang bagai di hati,Rasa mahu mati pangku tuan.
Malay Pantun Book, Lim Hock Soon (T.T. Wee, Singapura, 1929)Ikat pagar orang berempat,Buat sekat sawah padi;Kehendak belajar kalau mendapat,Alangkah suka di dalam hati.
Panton Dondang Sayang Baba, Vol. III ed. ke-2 (Koh & Koh Company, Singapura, 1922)Cik loyok makan sirih,Buah berangan di dalam padi;Elok buruk saya tak pilih,Asal berkenan di dalam hati.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Anak itik matinya lemas,Makan lenggundi bukit askin;Hilanglah bahasa kerana emas,Tak tampak budi kerana miskin.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Orang Daik pergi ke Linggi,Singgah di Padang duduk bertanya;Intan pun baik emas pun tinggi,Baru terang kilat cahayanya.
Pantun Dondang Sayang Baba, Chia Kim Teck (Melaka, 1950)Ambil pisau potong limau,Encik Esah mandikan anak;Tuan pakai kulit harimau,Buat takut rusa yang banyak.
Panton Dondang Sayang Baba (Koh & Company, Singapura, 1912)Pergi ke pantai tambak Ondan,Kapaknya patah jatuh la mati;Sisir rambut riaskan badan,Cantik di mata terus di hati.
Pantun Dondang Sayang, Lim Hock Choon (Melaka, 1950)Anak undan ketiga dempu,Tarik layar ke indiragiri;Dengan tuan tidak bertemu,Air diminum seperti duri.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Olok-olok burung di laut,Ogak-ogak burung di bukit;Rupa elok bagai di raut,Akan penawar hati yang sakit.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Berdenyut di kampung cik heran,Berdenyut di hujung tanjung;Macam mana hati tak hairan,Menengok tungau menjunjung lesung?
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Gunting kain kerawang baju,Jangan dirangkai keduanya;Sayangkan lain buangkan aku,Jangan dipakai kedua-duanya.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Jijak selut kaki terbenam,Dipagut ular ekor melilit;Bangkit pagi kuat bersenam,Pecah tendir tak jadi sembelit.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Sehari semalam mimpikan bulan,Nyiur gugur bertandan-tandan;Tidur malam mimpikan tuan,Serasa tidur berbantalkan lengan.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Kerja sergut jangan digagah,Sesalnya tidak dapat faedah;Adat dunia telah sudah,Lain makan nangka, lain kena getah.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Sari Kandi bini Rajuna,Duduk menanti bulan mengambang;Ibarat misal timbangan nyawa,Itulah buat hati ku bimbang.
Malay Pantun Book, Lim Hock Soon (T.T. Wee, Singapura, 1929)Sayur pegaga dikendong-kendong,Dikendong mari adik-beradik;Orang berniaga niat nak untung,Orang berkawan hendak yang baik.
Malay Pantun Book, Lim Hock Soon (T.T. Wee, Singapura, 1929)