Khazanah Pantun
Pantun Melayu klasik
2560 rangkap warisan, tersusun ikut tema. Rangkap pilihan disertai huraian makna dan analisis rima.
Raden Galuh ke Gurifan,Duduk bersila atas balai;Rasa nak mati berkain kapan,Kasai jangan boleh lalai.
Panton Dondang Sayang Baba, Vol. III ed. ke-2 (Koh & Koh Company, Singapura, 1922)Tetak kayu, tetaklah dahan,Sayang kemuning gugur bunganya;Rindu dendam boleh ditahan,Demam sejuk apa ubatnya?
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Negeri Semarang banyak bukit,Dari Gersik ke Surabaya;Cinta sayang bukan sedikit,Kasih orang apakan daya.
Malay Pantun Book, Lim Hock Soon (T.T. Wee, Singapura, 1929)Orang acai di Tanjung jati,Petik senduduk di tengah padang;Lebih baik bercerai mati,Bercerai hidup di pandang pandang.
Pantun Dondang Sayang, Lim Hock Choon (Melaka, 1950)Ke hutan petik cempedak,Petik oleh kebun Cik Siti;Sehari makan sehari tidak,Asal hidup janganlah mati.
Panton Dondang Sayang Baba, Vol. III ed. ke-2 (Koh & Koh Company, Singapura, 1922)Anak raja mati dipancung,Dipancung oleh anak peringgi;Di mana muka adalah hidung,Di mana bibir adalah gigi.
Panton Dondang Sayang Baba, Vol. III ed. ke-2 (Koh & Koh Company, Singapura, 1922)Ada satu sauh besi,Mari diangkat malim dan kelasi;Kalau dapat kasih seperti,Sebagai kuku lengket di isi.
Pantun Dondang Sayang, Lim Hock Choon (Melaka, 1950)Kalau tuan mudik ke jambi,Ambilkan saya buah delima;Kalau tuan kasihkan kami,Bawalah saya pergi bersama.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Masuk belukar tak tentu hala,Mujur baik harimau tak baham;Ikan kupanggang, api menyala,Masak di luar mentah di dalam.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Jeruk binjai dalam perahu,Dimakan rusa beranak muda;Tuan cindai saya pun tahu,Hendak dipadu tenun kamoja.
Panton Dondang Sayang Baba, Vol. II (Koh & Company, Singapura, 1912)Berderap derap bunyi patah,Terantuk siku sebelah kiri;Pingkam cap si mata mata,Membuat takut orang negeri.
Pantun Dondang Sayang Baba, Chia Kim Teck (Melaka, 1950)Ambil galah jolokkan manggis,Manggis gugur dengan sendirinya;Laut kering, pulau menangis,Gunung beridar dengan sendirinya.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Tarik dayung sorong dayung,Mari dayung sama ratanya;Tuan pergi umpama payung,Saya yang tinggal apa rasanya?
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Anak acih berjual kain,Terlupa sehelai baharu dibili;Kasih belum berjumpa yang lain,Kalau berjumpa, lupakan kami.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Bangun pagi bersihkan pokok,Mahu sembahyang nantikan waktu;Sungguh besi baja bertokok,Mahulah juga asah di batu.
Malay Pantun Book, Lim Hock Soon (T.T. Wee, Singapura, 1929)Pokok belimbing di tepi kolam,Petik mari sama berdiri;Sudah dibanding serata alam,Manikam juga harganya tinggi.
Pantun Dondang Sayang Baba, Chia Kim Teck (Melaka, 1950)Kalau tidak kerana bulan,Bintang tidak terbit pagi;Kalau tidak kerana tuan,Saya tidak datang kemari.
Panton Dondang Sayang Baba (Koh & Company, Singapura, 1912)Banyak orang bukan sedikit,Soal anak dengan bapaknya;Jikalau padang menjadi bukit,Tentu ada dengan sebabnya.
Pantun Dondang Sayang Baba, Chia Kim Teck (Melaka, 1950)Anak Cina pukul gendang,Mengikin pukul mengikin tegang;Tuan seumpama batik Semarang,Mengikin dicuci bertambah terang.
Panton Dondang Sayang Baba (Koh & Company, Singapura, 1912)Teritip-teritip di tepi batu,Pijak kaki luka di jari;Hidup di dunia buat tak tentu,Esok mati apa nak jadi.
Malay Pantun Book, Lim Hock Soon (T.T. Wee, Singapura, 1929)Burung putih terbang ke jati,Gula putih dimakan semut;Biji mata, si jantung hati,Syurga di mana kita menurut.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Tuan berlembu saya berkuda,Sama-sama di tanah rata;Tuan tak sungguh, saya pun tak suka,Sama-sama jauh di mata.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Langsia datang di tepi kolam,Jumpa dengan penunggu air;Rahsia terbentang hati di dalam,Cintakan tuan sudah terlahir.
Panton Dondang Sayang Baba, Vol. II (Koh & Company, Singapura, 1912)Kayu ditetak batang lenggundi,Petik keluar dari seberang;Suka kita menabur budi,Barulah boleh dikenang orang.
Panton Dondang Sayang & Nyanyian Lain-Lain, Wan Boon Seng (Singapura, 1931); juga dalam Akhbar Peranakan Baba: Kabar Slalu & Kabar Uchapan Baru (1924-1926)Kuda hitam sailah nya hitam,Dipacu anak bidadari;Intan manikam cahayanya nilam,Hilang di mana saya nak cari.
Panton Dondang Sayang Baba, Vol. III ed. ke-2 (Koh & Koh Company, Singapura, 1922)Bunga melur baharu digubah,Sunting berdikir naik ke balai;Jodoh pertemuan bukannya mudah,Di dalam fikir tidak bercerai.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Air pasang tenang tenangan,Encik siti memasang luka;Kalau menjadi kenang kenangan,Sampai mati saya tak lupa.
Panton Dondang Sayang Baba (Koh & Company, Singapura, 1912)Nasi bungkus nasi kering,Dimakan sampai ke beranang;Jangan putus biar genting,Biar tinggal sehelai benang.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Pukul nobat tiup nafiri,Hendak tabal raja di kelang;Tuan laksana syarbat janggi,Tujuh tahun manis tak hilang.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Berapa harga biji lada?Selengkok jalan ke pahang;Berapa harga seorang janda,Semangkuk sayur kemahang.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Masak sebutir di atas peti,buah menalu dari hulu;Hutang budi bekal mati,hutang malu dibayar malu.
Wikisource (CC BY-SA)Anak ayam turun dua,Mati seekor tinggal satu;Bongkar sauh belayar semula;Hendak menuju ke gedung batu.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Tikar pucuk tikar mengkuang,Pakaian raja tanah melayu;Ikan busuk jangan dibuang,Buat perencah taruknya kayu.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Berapa jauh tanah palembang,Burung terbang pulang hari;Tak usah dibawa sirih pinang,Tubuh tuan datang sendiri.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Air pasang ke tepi pagar,Rumput kering dihinjak kerbau;Adakah tuan mendengar khabar,Lautan kering musim kemarau.
Panton Dondang Sayang Baba (Koh & Company, Singapura, 1912)Oh bulan kemana bintang,Atas pucuk kayu ara,Oh tuan kemana hilang,Dalam bilik anak dara.
Wikisource (CC BY-SA)Laju- laju perahu laju,Belayar sampai ke Surabaya;Kain lepas pendeknya baju,Sungguh geram di hati saya.
Akhbar Peranakan Baba: Kabar Slalu & Kabar Uchapan Baru (1924-1926)Sapu tanga puncanya hijau,Pakaian anak raja melaka;Luka tangan kena pisau,Disibabkan tidak mendengar kata.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Minum sarbat terasa embun,Dibawa budak ke hulu tebat;Kalau bersahabat gembala kebun,Apa dihendak tentu dapat.
Pantun Dondang Sayang Baba, Chia Kim Teck (Melaka, 1950)Lembu putih lembu di Jawa,Lembu persembah Raja Surati;Ariak engsoon timbangan nyawa,Hendak lah saya bersama mati.
Panton Dondang Sayang Baba (Koh & Company, Singapura, 1912)Rotan batu rotan udang,Anak bebarau di atas lada;Saya tak tahu larangan orang,Saya menumpang bergurau sahaja.
Wikisource (CC BY-SA)Kapal bedil di balik pulau,Singgah mari mencari ikan;Akal tak adil sendiri bodoh,Asal negeri kenapa tinggalkan.
Pantun Dondang Sayang Baba, Chia Kim Teck (Melaka, 1950)Kelambu tabir dibawa berniaga,Tentu sama berniaga kain;Jikalau rambai murah harga,Buah pun murah pada yang lain.
Panton Dondang Sayang & Nyanyian Lain-Lain, Wan Boon Seng (Singapura, 1931)Cuka datang dari hulu,Tebang nipah pagar-pagarkan;Sedang suka berhenti dahulu,Bila susah sabar-sabarkan.
Terbitan Peranakan Baba, Negeri-Negeri Selat (1889-1950)Encik Dollah orang Gedong,Duduk sembahyang adik-beradik;Jikalau Allah mahu menolong,Barang melayang datang bergolek.
Malay Pantun Book, Lim Hock Soon (T.T. Wee, Singapura, 1929)Karna memang di dunia itu tugasnya,Siap kalau ada rasa orang mau berbagi,Beta jadi bingung mau jalan kemana,Mampus beta punya hati dikoyak sepi.
Wikisource (CC BY-SA)Penyengat di Pulau Tiga,Selasih dalam jambangan;Tuan ingat saya pun cinta,Itulah buat kasih berpanjangan.
Terbitan Peranakan Baba, Negeri-Negeri Selat (1889-1950)Patah tiang dihempap rebung,Ombak menempuh sebelah kiri;Bagai pipit berulam jagung,Begitulah saya menanggung diri.
Malay Pantun Book, Lim Hock Soon (T.T. Wee, Singapura, 1929)Raja di gua makan minum,Pedang sebilah bawa ke kota;Nanti buah bila dia ranum,Bila masa mendapat kita.
Akhbar Peranakan Baba: Kabar Slalu & Kabar Uchapan Baru (1924-1926)Pohon dangsa di hutan nipah,Diambil umbut penggal-panggal;Pokok yang besar bertualang lebah,Madu menitik sambang tertinggal.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Pulau Pinang tiga persegi,Bertentang dengan tanah seberang;Orang berbudi tentu tak rugi,Harapan juga dikenang orang.
Akhbar Peranakan Baba: Kabar Slalu & Kabar Uchapan Baru (1924-1926); juga dalam Pantun Dondang Sayang Baba, Chia Kim Teck (Melaka, 1950)Anak harimau dari Bentan,Kena panah raja Surati;Tuan dipandang tidak kelihatan,Gundah gulana di dalam hati.
Overbeck, The Malay Pantun (JSBRAS No. 85, 1922)Tuai padi sementara masak,Padi pulut dituai juga;Tujuh kunci sembilan pasak,Dari sudut diungkai juga.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Orang mengail di hujung karang,Dapat seekor ikan sembilang;Kasih bukan alang kepalang,Sudah mesera dalam tulang.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Pucuk sembung selara muda,Orang menjala lubuk meranti;Patuk tedung tidak bisa,Kelit ke janda cemas mati.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Sebai kelumbung biar litup,Panas berkuap rasa seram;Jangan dibeli barang celup,Sepuh tak makan nanti jahanam.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Buah ara, batang dibantun,Mari dibantun dengan parang.Hai saudara dengarlah pantun,Pantun tidak mengata orang.
Wikisource (CC BY-SA)Pidada di tepi hutan,Buah rambai di dalam kota;Tepuk dada kenang suratan,Jatuh berlinang si air mata.
Panton Dondang Sayang Baba, Vol. III ed. ke-2 (Koh & Koh Company, Singapura, 1922)Pulau Pandan jauh di seberang,Nampak dari Tanjung Batu;Jangan tuan sebarang pegang,Takut terkena hujung siku.
Panton Dondang Sayang & Nyanyian Lain-Lain, Wan Boon Seng (Singapura, 1931)Kain pelekat kain caul,Sama-sama kita ampaikan;Adik berniat abang berkaul,Sama-sama kita sampaikan.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)