Khazanah Pantun
Pantun Melayu klasik
2560 rangkap warisan, tersusun ikut tema. Rangkap pilihan disertai huraian makna dan analisis rima.
Sawah gedang lanjut ke hulu,Bukit metibang timbul tenggelam;Eloklah abang berundur dahulu,Antara kasih belum mendalam.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Tanjung Tuan ke Sungai Raya,Anak Cina mudik berlapan;Jikalau nak tahu hati saya,Seperti paku lekat di papan.
Panton Dondang Sayang & Nyanyian Lain-Lain, Wan Boon Seng (Singapura, 1931)Hendak jahit bukannya benang,Hendak sulam bukan sutera;Saya bermain bukannya senang,Hendak hibur kan hati saya.
Panton Dondang Sayang Baba (Koh & Company, Singapura, 1912)Berdengung kumbang lilin,Hinggap di pohon dahan cempaka;Tuan jadi bintang mukmin,Dihadap mambang dengan serata.
Malay Pantun Book, Lim Hock Soon (T.T. Wee, Singapura, 1929)Anak tiung terdongak-dongak,Terdongak-dongak dalam perahu;Nak bercium gigi rongak,Malam-malam siapa kan tahu?
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Tudung periuk bangkit menari,Permainan anak raja melaka;Kain buruk tinggalkan kami,Buat pengesat air mata.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Berludu kain pernapis,Tapis kan anak cik puan;Air madu dikata manis,Manis lagi budimu tuan.
Panton Dondang Sayang Baba (Koh & Company, Singapura, 1912)Sapu tangan berisi bijan,Mencari pasuh berisi gula;Segala tanaman menantikan hujan,Baru boleh berbunga semula.
Panton Dondang Sayang Baba, Vol. III ed. ke-2 (Koh & Koh Company, Singapura, 1922)Mari dibantun dengan parang,Berangan besar di dalam padi.Pantun tidak mengata orang,Janganlah sak di dalam hati.
Wikisource (CC BY-SA)Seluar sampak panjang ditungkah,Tinggi labuh sampai ke pinggang;Sedikit lawak banyak merakah,Bisi gatal kena jelatang.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Singgah ke pulau mengambil karang,Bawak di tanjung kuala linggi;Baru pucuk belum bercerang,Hendak menjadi pohon yang tinggi.
Panton Dondang Sayang Baba, Vol. III ed. ke-2 (Koh & Koh Company, Singapura, 1922)Anak merak di pokok sentul,Patah dahannya jatuh mati;Tengok perak belum betul,Taksir intan jauh sekali.
Panton Dondang Sayang Baba (Koh & Company, Singapura, 1912)Kalau tuan pergi ke kedah,Singgah semalam di kuala muda;Tuan laksana kuntum yang indah,Ditunggu oleh burung garuda.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Orang belayar ke langkawi,Tinggi petak pada kurung;Kalau lama tuan pergi,Buah masak dimakan burung.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Bunyi ribut semalam tadi,Hanyut kapal dari kuala;Tidur mengigau semalam tadi,Bantal tercampak dari kepala.
Panton Dondang Sayang Baba (Koh & Company, Singapura, 1912)Anak di mandi baharu ditimang,Habis timang bawa pulang;Jangan jadi si umang-umang,Menumpang sahaja kulit orang.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Orang Bugis duduk di pintu,Tanam mari sapu tangan;Saya berbudi tidak begitu,Campak batu sembunyikan tangan.
Malay Pantun Book, Lim Hock Soon (T.T. Wee, Singapura, 1929)Bawak ke tanjung rusa betina,Beri makan di tengah padang;Hendak dijunjung sebagai bunga,Tidak diletak sebarang barang.
Pantun Dondang Sayang, Lim Hock Choon (Melaka, 1950)Harap ke mulut besar cakap,Kerja suatu tak boleh cekap;Kayuh perahu bagai tertiarap,Semua kehendak makan serap.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Ruku-ruku dari peringgit,Teras jati bertalam-talam;Rindu saya bukan sedikit,Nyaris mati semalam-malam.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Encik Rasib dari Surabaya,Pergi seberang mencari kepah;Sudah nasib apakan daya,Beras segantang tinggal secupak.
Panton Dondang Sayang & Nyanyian Lain-Lain, Wan Boon Seng (Singapura, 1931)Beras padi makanan itik ,Biar makan dalam palung;Belas hati pandang adik,Kalau buah rasa nak kendung.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Datuk raja rebah tergolek,Dalam istana bagai nak gila;Duduk sahaja tidak bersolek,Bagai bunga baharu mala.
Terbitan Peranakan Baba, Negeri-Negeri Selat (1889-1950)Ampalum paya di Bali,Makan pagi sehari-hari;Alang jauhnya tanah Bali,Kerana tuan saya ke mari. 25 Mar.
Akhbar Peranakan Baba: Kabar Slalu & Kabar Uchapan Baru (1924-1926)Sudah hilang panas di padang,Tinggallah sahaja panas di rimba;Sudahlah hilang hati nan sayang,Tinggallah sahaja hati nan hiba.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Raja kling berkerusi pergol,Intan bersilang dalam biliknya;Lautan kering naga timbul,Dapat dibilang tulang sisiknya.
Panton Dondang Sayang Baba, Vol. III ed. ke-2 (Koh & Koh Company, Singapura, 1922)Orang sebaduk pergi berjudi,Sampai di beting basuh kaki;Siapa hidup tidak berbudi,Sebagai ketam tidak berkaki.
Pantun Dondang Sayang, Lim Hock Choon (Melaka, 1950)Ke hutan mencari rotan,Tiada rotan elakkan akar;Di luar tidak berkesan,Kalau di dalam kelosok bakar.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Buat apa hendak ke jawa?Sampan ada masing-masing;Buat apa hendak senyawa?Badan kita masing-masing.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Nasi rendam bergula kelapa,Sampai dijerang secupak beras;Membuang dendam tidak siapa,Tuan seorang yang boleh dilepas.
Panton Dondang Sayang Baba, Vol. III ed. ke-2 (Koh & Koh Company, Singapura, 1922)Rumah gedang bendulnya perak,Ukiran anak raja dewa;Tegang tidak kendurpun tidak,Apa sebab putus sahaja?
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Orang Linggi pergi ke Deli,Singgah di taman memetik bunga;Tembaga disadur tahan diuji,Kena belerang tampak warna.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Cik ali orang yang nakal,Perbuatan maksiat menjadi jahil;Saya umpama sebuah kembal,Tempat mengisi tali pengail.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Putih kuning gebu cantik,Tubuh tembun bergelang suasa;Susu sebalanga nila setitik,Turun-temurun rosak binasa.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Kiri jalan kanan pun jalan,Sama tengah pokok mengkudu;Kirim jangan pesan pun jangan,Sama-sama menanggung rindu.
Malay Pantun Book, Lim Hock Soon (T.T. Wee, Singapura, 1929)Ya ilahi tuhanku rabbi,Kayu yang rendah menjadi tinggi;Selama kucing tiada bergigi,Tikus tiada sopan lagi.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Cik judah orang petani,Singgah menumbuk simpang jalan;Tidak sudah buat begini,Bagai pungguk rindukan bulan.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Ada jintan campur kemenyan,Anak bintarang dibakar hangat;Intan bercampur dengan berlian,Barulah terang bintang di langit.
Panton Dondang Sayang Baba (Koh & Company, Singapura, 1912)Dari pekan ke kota rendah,Kain barus baharu jua;Atapnya papan dindingnya tanah,Angin berhembua lalu jua.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Bunga cina condong ke pekan,Raja indu buang menteri;Sekuntum bunga di dalam hutan,Pecahkan bau tuju negeri.
Panton Dondang Sayang Baba, Vol. II (Koh & Company, Singapura, 1912)Kalau tuan tombak rencana,Ambil gantang sukatkan lada;Kalau tuan bijaksana,Apa benda tanduk di dada?.
Panton Dondang Sayang & Nyanyian Lain-Lain, Wan Boon Seng (Singapura, 1931)Kokok ayam hari pun siang,Murai berbunyi pagi hari;Pilunya hati adik nak pulang,Bilakah boleh berjumpa lagi.
Terbitan Peranakan Baba, Negeri-Negeri Selat (1889-1950)Anak Belanda membeli tebu,Makan bersoyat di muka pintu;Berporak peranda sungguhlah ibu,Anak buah dijaga tentu.
Cherita Rampay Rampay dan Panton Dondang Sayang (Koh & Company, Singapura, 1916)Ayo tuan hulu dan balang,Janggutnya panjang nampaknya garang;Cantik majlis bukan kepalang,Cahaya sebagai bulan yang terang.
Panton Dondang Sayang Baba (Koh & Company, Singapura, 1912)Kapal belayar pergi Malaka,Pegang kemudi jangan binasa;Orang baik kepada kita,Dia berbudi kita berbahasa.
Panton Dondang Sayang Baba (Koh & Company, Singapura, 1912)Angkut-angkut terbang ke langit,Mati di sambar anak merbah;Tertangkup bumi dengan langit,Setia tidak akan berubah.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Anak balam terlompat-lompat,Kena duri pada kakinya;Tengah malam bangun bersikat,Adalah budi pada hatinya.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Anak raja ke hutan Langat,Jalan sampai di pintu gua;Tahan seksa serta penat,Kerana mengidam sebiji buah.
Pantun Dondang Sayang Baba, Chia Kim Teck (Melaka, 1950)Hinggap di daun si burung pantau,Mati ditimpa ranting meranti;Seratus tahun saya dirantau,Tuan tidak luput di hati.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Ribu ribu bijik nangkaku,Sayang permata jatuh di ruang;Jikalau rindu sebut namaku,Air mata jangan dibuang.
Panton Dondang Sayang Baba (Koh & Company, Singapura, 1912)Rumput manis di dalam paya,Padi linat di atas para;Mulut manis kepada saya,Paling belakang lain bicara.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Mempelam di hulu rekan,Di pagar anak bidadari;Sembah saIam saya duIukan,Mendengar pantun burung nuri.
Panton Dondang Sayang Baba, Vol. III ed. ke-2 (Koh & Koh Company, Singapura, 1922)Dari gaya pergi ke Kudat,Perahu kaici berpata tiang;Serta bercahaya bintang barat,Baru tahu hari nak siang.
Panton Dondang Sayang Baba, Vol. III ed. ke-2 (Koh & Koh Company, Singapura, 1922)Orang hulu turun ke kuala,Anak beruk di pohon berangan;Laksana perahu belum gegala,Buruk reput atas galangan.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Berapa seksa tiada terhingga,Siang malam bercinta lega;Laksana orang haus dahaga,Berjumpalah air satu telaga.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Air hening di Gunung Batak,Mengalir sampai ke Sungai Serdang;Putih kuning hidung terletak,Tidak jemu mata memandang.
Terbitan Peranakan Baba, Negeri-Negeri Selat (1889-1950)Kalau tuan tombak rencana,Ambil gantang sukatkan padi;Kalau tuan bijaksana,Apa binatang bertanduk kaki?.
Panton Dondang Sayang & Nyanyian Lain-Lain, Wan Boon Seng (Singapura, 1931)Rosak benang kerana jarum,Lopak lopak dalam cembul;Air tenang jangan diharum,Kerap kerap buaya tertimbul.
Panton Dondang Sayang Baba (Koh & Company, Singapura, 1912)Mana boleh di dalam kertas,Jerat mari jaring selawah;Mana boleh jatuh ke atas,Sudah adat jatuh ke bawah.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Sentakkan layar ke indiragiri,Ikan todak dalam perahu;Air ditelan serasa duri,Tidur tak hendak makan tak mahu.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)