Khazanah Pantun

Pantun Melayu klasik

2560 rangkap warisan, tersusun ikut tema. Rangkap pilihan disertai huraian makna dan analisis rima.

Pelbagai

Cik esah bertanam tebu,Jangan dibuang selaranya;Tak usah saya bertemu,Asal mendengar suaranya.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Kasih & Cinta

Tinggi bukit gunung saikjah,Tempat melambung telur murai;Mimpi saya mengadu gajah,Rupanya kasih akan bercerai.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Burung pipit di dalam bakul,Minta seekor beri kan saya;Gunung bukit dapat dicangkul,Ini pula lumpur di paya.

Panton Dondang Sayang Baba, Vol. III ed. ke-2 (Koh & Koh Company, Singapura, 1922)
Pelbagai

Anak cina cari sembilang,Dapat seekor di atas pasir;Laksana mahkota gilang-gemilang,Sebagai emas baharu diukir.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Pagar-pagar dengan kayu,Pokok limau tepi paya;Berapapun di pujuk dan di rayu,Tuan tak mahu apakan daya?

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Budak-budak tahan perangkap,Mari tahan di tepi gumpung;Sapi liar lagi kutangkap,Inikan pula cicak mengkarung.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Dari padang sungai perpat,Air sungai penuh di kota;Raja di kota lagi diumpat,Ini pula semacam kita.

Panton Dondang Sayang Baba, Vol. III ed. ke-2 (Koh & Koh Company, Singapura, 1922)
Pelbagai

Menumbuk ada berantan tidak,Antan ada kayu bentaling;Pengayuh ada sampan tidak,Sampan ada air dah kering.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Layang-layang terbang melayang,Putus teraju jatuh di padang;Bagaimana saya tak sayang,Dapat kaseh hidung sebatang.

Akhbar Peranakan Baba: Kabar Slalu & Kabar Uchapan Baru (1924-1926)
Pelbagai

Senduduk kayu di hutan,Hijau biru nampak kelihatan;Di mana duduk terkenangkan tuan,Lemah lesu rasanya badan.

Panton Dondang Sayang & Nyanyian Lain-Lain, Wan Boon Seng (Singapura, 1931)
Pelbagai

Encik Kachong orang pekan,Sunting bunga beribu-ribu;Timbang racun beriku makan,Tidak kuasa menanggung rindu.

Malay Pantun Book, Lim Hock Soon (T.T. Wee, Singapura, 1929)
Pelbagai

Kotor jangan dicalit-calit,Habis pakaian bertelau-telau;Bengkeng jangan mencari sabit,Kelak haru menjadi kacau.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Kembang rose kembanglah mawar,Mari di-pileh atas pangku;Racun dimakan jadi penawar,Marilah adik rebah di pangku.

Akhbar Peranakan Baba: Kabar Slalu & Kabar Uchapan Baru (1924-1926)
Berkait

Seakan takkan pernah tutup matanya,Terus tersenyum bunga tiada malu,Hancur batin ditumbuk nestapa,Kotor hati jadi langsung mengguru.

Wikisource (CC BY-SA)
Pelbagai

Kayu dikerat di kaki gunung,Kait-kait di pagar perigi;Tidak ku angkat tidak ku junjung,Sekarat berbudi baru ku puji.

Panton Dondang Sayang Baba, Vol. III ed. ke-2 (Koh & Koh Company, Singapura, 1922)
Pelbagai

Isap rokok tembakau cina,Asapnya keluar seperti bunga;Ayohai adik abang bertanya,Cincin di jari siapa yang punya?

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Apa putih di tengah ladang?Ampas tebu digonggong dendang;Biarlah putih tulang di padang,Malu jangan dibawa pulang.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Air pasang ke tepi pagar,Tanam pinang kelapa mati;Tempat di mana tuan belajar,Pandai sekali mengambil hati.

Panton Dondang Sayang Baba (Koh & Company, Singapura, 1912)
Pelbagai

Minum kopi campur susu,Kacau mari dengan gula;Jangan diikut hawa nafsu,Tidak mati separuh gila.

Akhbar Peranakan Baba: Kabar Slalu & Kabar Uchapan Baru (1924-1926)
Pelbagai

Anak Belanda membuat kota,Buat mari di pintu lorong;Kalau sudah rezeki kita,Tentu tak sampai di mulut burung.

Pantun Dondang Sayang Baba, Chia Kim Teck (Melaka, 1950); juga dalam Akhbar Peranakan Baba: Kabar Slalu & Kabar Uchapan Baru (1924-1926)
Budi & Jasa

Hari panas helang berlegar,Ayam terkurung di dalam reban;Hutang emas boleh dibayar,Hutang budi gunung terbeban.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Kasih & Cinta

Putik pauh selara pauh,Tarik sembilu saya asamkan;Adik jauh abangpun jauh,Kalau rindu tolong kirimkan.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Jangan hingar tempat yang sunyi,Biar berjalan terpedap-pedap;Tak usah dilumur air wangi,Memang badan berbau sedap.

Terbitan Peranakan Baba, Negeri-Negeri Selat (1889-1950)
Pelbagai

Kain ini kain sutira,Kalau mandi disisah jangan;Main ini main berdua,Kalau mati menyesal jangan.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Orang mengail di hujung tanjung,Dapat seekor ikan gelama;Perkataan baik jangan dijunjung,Sungguh beratur bilakan sama.

Terbitan Peranakan Baba, Negeri-Negeri Selat (1889-1950)
Pelbagai

Pokok pauh berdahan dudur,Tumbuh berpagar di tepi kolam;Pandangan jauh kilat bersadur,Sampai dekat kelihatan hitam.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Sudah bertudung terendak bentan,Pagar siapa saya sesarkan?Sudah untung permintaan badan,Dengan siapa saya nak kesalkan?

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Orang latah memotong rumput,Potong dalam kebun cina;Saya laksana antah melukut,Lapar sangat baharu berguna.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Pucuk pauh delima batang,Sayur prar mengulam pudda;Dari jauh saya datang,Suka riang hati kekanda.

Terbitan Peranakan Baba, Negeri-Negeri Selat (1889-1950)
Agama

Rumah kecil tiang seribu,Rumah gedang terpanggung;Dari kecil timangan ibu,Sudah besar timangan untung.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Orang cina pulang ke cina,Siap bermuat batu kapur;Saya di sini tuan di sana,Semangat saya berulang tidur.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Ubur ubur di dalam luka,Serta diambil jatuh terhempas;Haram sekali tidak ku sangka,Kasih dilupa begitu lekas.

Panton Dondang Sayang Baba, Vol. III ed. ke-2 (Koh & Koh Company, Singapura, 1922)
Pelbagai

Anak buaya mudik ke hulu,Nampak sedikit tulang ridipnya;Anak dara duduk di pintu,Nampak sedikit hujung tetiknya.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Berjorong serupanya puan,Berkeris serupanya pedang;Bijaksana rupanya tuan,Bersembunyi di tengah orang.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Anak Acay mengambil batu,Jual mari ke puluh pinang;Pada kasih jadi tak tentu,Baiklah diriku bawak senang.

Panton Dondang Sayang Baba, Vol. III ed. ke-2 (Koh & Koh Company, Singapura, 1922)
Pelbagai

Encik Itam cucu perompak,Tali terap mengikat sundang;Cari muatan cukupkan petak,Baru boleh lawan gelombang.

Malay Pantun Book, Lim Hock Soon (T.T. Wee, Singapura, 1929)
Pelbagai

Pandan podak baharu berbunga,Tumbuh pula di hujung tanjung;Kepandaian diajar guru tak guna,Bubu di hati susah nak junjung.

Panton Dondang Sayang & Nyanyian Lain-Lain, Wan Boon Seng (Singapura, 1931); juga dalam Akhbar Peranakan Baba: Kabar Slalu & Kabar Uchapan Baru (1924-1926)
Pelbagai

Hujan panas kemarau embun,Keluar ke padang menjemur padi;Tuan umpama kunang-kunang sekebun,Sebagai syamsu bersinar pagi.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Orang bercakap dengan adiknya,Dengarkan bunyi ayam berkokok;Apa sebab gugur puteknya,Selalu tua lekat di pokok.

Panton Dondang Sayang Baba, Vol. II (Koh & Company, Singapura, 1912)
Pelbagai

Tebu betung dalam paya,Ambil sebatang belah empat;Sudah tak untung nasib saya,Ikan dipegang balik melompat.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Kemunting banyak anak,Boleh senang puyuh berlari;Sehari bunting sehari beranak,Sehari semalam cepat berlari. (10 J.

Akhbar Peranakan Baba: Kabar Slalu & Kabar Uchapan Baru (1924-1926)
Pelbagai

Terang bulan terang ke paya,Anak gagak makan padi;Kalau tuan kurang percaya,Belah dada melihat hati.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Sayang perigi nama telaga,Anak Kling menjual rempah;Besar hati sebagai syurga,Sahabat yang baik datang berjumpa.

Panton Dondang Sayang Baba (Koh & Company, Singapura, 1912)
Pelbagai

Turun di pantai ambil tiram,Aer surut sampai ke-laut;Hati kasih terlalu geram,Sebagai perahu tersempal di lumut.

Akhbar Peranakan Baba: Kabar Slalu & Kabar Uchapan Baru (1924-1926)
AgamaKasih & Cinta

Simpai rotan dari Melaka,Buat pemikul rusa berjalan;Jikalau sampai niatnya kita,Bayar kaul puasa sebulan.

Overbeck, The Malay Pantun (JSBRAS No. 85, 1922)
Pelbagai

Daripada raja di Acai,Cincin akik di dalam peti;Daripada kasai bercerai,Sakit jugak di dalam hati.

Panton Dondang Sayang Baba (Koh & Company, Singapura, 1912)
Pelbagai

Masak kuah bercampur susu,Tutup lucing dalam penjara;Besar awah dengan nafsu,Hidup miskin tidak ketara.

Panton Dondang Sayang Baba, Vol. III ed. ke-2 (Koh & Koh Company, Singapura, 1922)
Adat & Bangsa

Burung merpati beranak tunggal,Hinggap mari ke kota raja;Tuan pergi saya tinggal,Kepada siapa saya nak bermanja?

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Layang layang terbang melayang,Jatuh di laut disambar todak;Mulut saja berkabar sayang,Di dalam hati satu pun tidak.

Panton Dondang Sayang Baba (Koh & Company, Singapura, 1912)
Pelbagai

Antah tampi buang melukut,Habis bertabur serata-rata;Orang kaya sangat kedekut,Sebab boleh simpan harta.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Orang playkat bermain dayung,Anak raja turun menjala;Tuju tengkat intan di gunung,Cahaya melempa atas udara.

Panton Dondang Sayang Baba, Vol. III ed. ke-2 (Koh & Koh Company, Singapura, 1922)
Pelbagai

Laksana pergi ke semantan,Singgah menuju ke kualanya;Adik laksana cincin intan,Kakanda mabuk akan cahayanya.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Tetak buluh tepi pongsu,Buat panah burung terbang;Sungguh tuan sampan baharu,Dimakan kapang habis berlubang.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Ambil arang digosokkan lidah,Air mata berlinang-linang;Jadi orang bukannya mudah,Terlebih susah daripada senang.

Terbitan Peranakan Baba, Negeri-Negeri Selat (1889-1950)
Ilmu & Belajar

Orang mengail perahu payar,Dapat seekor ikan kepiting;Kata tuan pandai belayar!Mengapa terkandas di atas beting?

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Orang berjalan di Tanjung jati,Jolok mari buah berembang;Dikalau dapat burung merpati,Lepaskan pagi dia balik petang.

Pantun Dondang Sayang, Lim Hock Choon (Melaka, 1950)
Pelbagai

Gelang dipakai perak masam,Kena air masin nampuk senam;Badan tak sedap sering seram,Kerap bersin hendak demam.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Remunia ini remunia kudangan,Selasih saya longgokkan;Dunia ini dunia pinjaman,Hati kasih saya turutkan.

Panton Dondang Sayang Baba (Koh & Company, Singapura, 1912)
Pelbagai

Pokok beringin lebat sedahan,Tanaman anak raja di kota;Sedang yang mukmin lagi tak tahan,Makan pula semacam kita.

Panton Dondang Sayang Baba, Vol. III ed. ke-2 (Koh & Koh Company, Singapura, 1922)
Pelbagai

Kain dijimur, padi ditabur,Pokok mempelas di hutan mengkuang;Saya umpama nyiur di kukur,Santan diambil hampas dibuang.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)