Khazanah Pantun

Pantun Melayu klasik

2560 rangkap warisan, tersusun ikut tema. Rangkap pilihan disertai huraian makna dan analisis rima.

Pelbagai

Helang terbang di sembur bayu,Jatuh ke lubuk puncha logam;Bunga kembang saja layu,Emas baik bilakan hogam.

Panton Dondang Sayang Baba (Koh & Company, Singapura, 1912)
Pelbagai

Buah berembang buah pedada,Jatuh sebiji di batang hari;Seekor kumbang menjadi naga,Merak nak pimpin di hujung jari.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Tinggi bukit gunung semantan,Tempat punai melambung telur;Yang pergi tak kenyang makan,Yang tinggal tak lelap tidur.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Sayur lobak baru dicabut,Dibawa orang pergi ke kedai;Besar ombak di tengah laut,Porak peranda perahu di pantai.

Pantun Dondang Sayang Baba, Chia Kim Teck (Melaka, 1950)
Kasih & Cinta

Kalau tuan makan jemuju,Ambilkan pati ubat batuk;Kasih tidak dua setuju,Sebagai taruk menjadi pucuk.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Pasang lukah di mulut sungai;Kerapat berkapur-kapur;Bukan getah melawan punai,Punai tak dapat bulu bertabur.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Adat & Bangsa

1204 budak-budak main gasing,Main di bangsal datuk laksamana;Habis buah tinggal ranting,Dahan tunjang tidak berguna.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Anak Dayak diam di hutan,Ambil terap dengan getahnya;Tuan laksana permata intan,Jatuh di gelap timbul cahayanya.

Panton Dondang Sayang Baba, Vol. III ed. ke-2 (Koh & Koh Company, Singapura, 1922)
Pelbagai

Pegaga di potong- potong,Buat ubat dimakan pahit;Orang berniaga tentu mahu untong,Kalau bersahabat mahu yang baik.

Panton Dondang Sayang & Nyanyian Lain-Lain, Wan Boon Seng (Singapura, 1931); juga dalam Akhbar Peranakan Baba: Kabar Slalu & Kabar Uchapan Baru (1924-1926)
Berkait

Gunung Daik bercabang tiga,Tampak jauh dari seberang,Budi yang baik dikenang juga,Khidmat bakti disanjung orang.

Wikisource (CC BY-SA)
Pelbagai

Patah tongkat Haji Tambi,Patah terentak di atas batang;Jikalau ada Allah memberi,Pintu tertutup rezeki datang.

Malay Pantun Book, Lim Hock Soon (T.T. Wee, Singapura, 1929)
Pelbagai

Sirih kuning junjung bergolek,Padi rebah lapik tikar;Putih kuning warnanya molek,Seekor gajah abang tak tukar.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Alangkah handal anaknya orang,Jalan bersusun beratur tapak;Kalau jalan di tempat terang,Jatuh bangun senanglah nampak.

Pantun Dondang Sayang Baba, Chia Kim Teck (Melaka, 1950)
Pelbagai

Barang di dalam mana letakkan,Kain baju baharu berlipat;Kita mengidam orang matakan,Belum tahu siapa dapat.

Akhbar Peranakan Baba: Kabar Slalu & Kabar Uchapan Baru (1924-1926)
Pelbagai

Anak lipan dari Jawa,Mati seekor di rumpun serai;Emas merah timbangan nyawa,Dunia akhirat tidak bercerai.

Panton Dondang Sayang Baba (Koh & Company, Singapura, 1912)
MotivasiAdat & Bangsa

Buat bangsal di tengah hutan,Laksamana perigi membelah;Biarlah sabar dengan perlahan,Tak kan gunung nak rebah.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Tanam nanas tanam langundi,Tanam mari anak Semarang;Besar emas kepada budi,Adat dunia zaman sekarang.

Malay Pantun Book, Lim Hock Soon (T.T. Wee, Singapura, 1929)
Pelbagai

Cik tahir pergi ke kampung,Kutip ijuk membuat lidi;Tuan laksana air ditakung,Sejuk mesera ke dalam hati.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
NasihatKasih & Cinta

Buluh perindu di atas atap,Anak itik ampas-ampaskan;Jikalau rindu jangan meratap,Siapa lalu tuan pesankan.

Overbeck, The Malay Pantun (JSBRAS No. 85, 1922)
Pelbagai

Belah pinang di atas batu,Makan mari buka puasa;Kita orang jangan begitu,Turutkan hati badan binasa.

Malay Pantun Book, Lim Hock Soon (T.T. Wee, Singapura, 1929)
Pelbagai

Sari bulan rajangnya kuda,Kuda hitam pelana kain;Selama menolong pada adinda,Sedikit tidak ingat yang lain.

Malay Pantun Book, Lim Hock Soon (T.T. Wee, Singapura, 1929)
Pelbagai

Buah durian berbau-bau,Ambil sebijik isi di dulang;Kalau tuan menjadi baju,Saya lipat bawa pulang.

Terbitan Peranakan Baba, Negeri-Negeri Selat (1889-1950)
Pelbagai

Kalau tuan beli ragi,Boleh juga membuat tapai;Belilah kain dua seragi,Boleh juga berganti pakai.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Adat & Bangsa

Ponggok berperang unggas dewata,Perang dengan si rajawali;Besi buruk dibuat senjata,Ugut sahaja tak apa jadi.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Kundur berbunga melata lata,Salurnya sampai di tepi dapur;Sungguh ku hibur jauh di mata,Tergolek golek bawa mengibur.

Panton Dondang Sayang Baba, Vol. III ed. ke-2 (Koh & Koh Company, Singapura, 1922)
Pelbagai

Orang berladang di hutan Acheh,Tanam tebu tanamkan padi;Seorang sayang seorang pun kasih,Bagai hempedu lekat di hati.

Malay Pantun Book, Lim Hock Soon (T.T. Wee, Singapura, 1929)
Pelbagai

Sekuntum bunga di tepi keramat,Setitik embun menyuci kain;Saya sumpah tidak selamat,Kasih tidak pada yang lain.

Panton Dondang Sayang Baba, Vol. III ed. ke-2 (Koh & Koh Company, Singapura, 1922)
Pelbagai

Ke hulu menetak kantan,Tertetak ke batang padi;Sudah patah si kenantan,Sampai begini gelanggang sunyi.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Buat rumah di hujung kebun,Duduk mari orang di gangsa;Semua bunga harapkan embun,Embun tak tahu menimbang rasa.

Pantun Dondang Sayang Baba, Chia Kim Teck (Melaka, 1950)
Pelbagai

Cik ayu turun ke tanjung,Singgah membeli topi tarbus;Saya umpama kayu lempung,Ditebuk kumbang tembus-menembus.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Pisau raut tajam berkilir,Akan peraut tangkai gayung;Air surut abang nak hilir,Kerat rambut galaskan dayung.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Orang Bugis pergi ke Pancur,Jolok cempedak di tepi kolam;Kerana budi hatiku hancur,Terasa rosak hati di dalam.

Malay Pantun Book, Lim Hock Soon (T.T. Wee, Singapura, 1929)
Adat & BangsaKasih & Cinta

Ayam denak dari Petani,Disembah ke Dato Raja Muda;Sirih disemat dengan nyanyi,Pinang dibelah dengan suara.

Overbeck, The Malay Pantun (JSBRAS No. 85, 1922)
Pelbagai

Riuh rendah tengah padang,Anak Belanda pasang meriam;Alangkah gundah hati yang dagang,Belumlah tentu tempat mahu diam.

Malay Pantun Book, Lim Hock Soon (T.T. Wee, Singapura, 1929)
Pelbagai

Ambil galah jolok sentul,Sentul ada di tepi perigi;Depan mata tidak betul,Belakang mata apatah lagi.

Terbitan Peranakan Baba, Negeri-Negeri Selat (1889-1950)
Pelbagai

Sudah berbuah lagi berduri,Itu bernama asam paya;Sudah bertua lagi berbudi,Itu bernama orang kaya.

Panton Dondang Sayang Baba (Koh & Company, Singapura, 1912)
Pelbagai

Kalau ada langudi pahit,Ambung-ambung terikat benang;Kalau ada budi yang baik,Di hujung tanjung datang berenang.

Panton Dondang Sayang Baba (Koh & Company, Singapura, 1912)
Berkait

Jatuh ke laut lalu tenggelam,Sayap patah badan terbelah,Wahai umat beragama Islam,Tetapkan iman kepada Allah.

Wikisource (CC BY-SA)
Pelbagai

Sepak-menyepak di tengah padang,Lilit kepala dengan kain;Mata panas kalau memandang,Tidak ku lari ke tempat lain.

Panton Dondang Sayang & Nyanyian Lain-Lain, Wan Boon Seng (Singapura, 1931)
Pelbagai

Anak raja turun menyumpit,Dapat seekor burung terkukur;Alang cantik bintang terbit,Sebagai songket kuntum bertabur.

Panton Dondang Sayang Baba (Koh & Company, Singapura, 1912)
Pelbagai

Limau manis berdasar,Kirim mari pergi ke Daik;Hitam manis orangnya besar,Serta pula berbudi baik.

Malay Pantun Book, Lim Hock Soon (T.T. Wee, Singapura, 1929)
Kasih & Cinta

Cawi-cawi di akar tuba,Jatuh di bawah dipuput ribut;Dik apa hati tak hiba?Kasih bercerai di dalam selimut.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Buah nangka lima serangkai,Buah menjulur sampai ke kota;Barang disangka saya tak pakai,Mahu dipandang dengan mata.

Panton Dondang Sayang & Nyanyian Lain-Lain, Wan Boon Seng (Singapura, 1931)
Pelbagai

Di mana rumah cek tipa,Di balik rumah asam kumbang;Bagaimana hati tak suka,Bunga kuncup balik kembang.

Panton Dondang Sayang Baba, Vol. III ed. ke-2 (Koh & Koh Company, Singapura, 1922)
Pelbagai

Duduk mengintai tabir berumbai,Muka pintu menghadap jalan;Mahu petik bunga setangkai,Takut rosak daun sedahan.

Malay Pantun Book, Lim Hock Soon (T.T. Wee, Singapura, 1929)
Budi & JasaKasih & Cinta

Buah masak lebat setandan,Buah selasih ditugalkan;Tengah berbudi datang dugaan,Tengah berkasih ditinggalkan.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Kembang tersenyum bunga cina,Tiga dengan gandasuli;Sakalian alam habis pana,Tuan juga yang tajalli.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Hendak hilir setanjung lagi,Saya menengok pulau mengkuang;Minta janji setahun lagi,Kalau ada bicara orang.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Kahwin & Merisik

Naik ke bukit membeli lada,Lada sebiji dibelah tujuh;Apa sakit berbini janda?Anak tiri boleh disuruh.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Sindiran

Sungguhpun bijak orang sekarang,Ilmunya banyak fahamnya kurang,Bintang di langit dapat dibilang,Tidak sedar mukanya harang.

Wikisource (CC BY-SA)
BerkaitPelbagai

Berapa banyak mati panglima,Dibantu oleh segala Serani;Kami nan hendak bertanya nama,Anak siapa tuanku ini?

Hikayat Chendawan Puteh (dipetik Overbeck, JSBRAS No. 85, 1922)
Pelbagai

Bajunya sutera merah,Kainnya kain mastuli;Dengar karangan mukanya merah,Kinh-sye ketawa tergeli-geli.

Panton Dondang Sayang & Nyanyian Lain-Lain, Wan Boon Seng (Singapura, 1931)
Pelbagai

Tuju zaman bercocok atap,Anak haruan dari Macassar;Pedoman tuan biar tetap,Supaya jangan haluan berkisar.

Panton Dondang Sayang Baba (Koh & Company, Singapura, 1912)
Pelbagai

Air tenang tebarkan jaring,Jaring pecah dirempuh jerung;Jikalau tak kenal mata dancing,Terlebih baik beli borong.

Malay Pantun Book, Lim Hock Soon (T.T. Wee, Singapura, 1929)
Pelbagai

Burung merpati terbang beralih,Hinggap di galah pada bukunya;Kehendak hati mana boleh,Kehendak Allah akan sungguhnya.

Malay Pantun Book, Lim Hock Soon (T.T. Wee, Singapura, 1929)
Pelbagai

Orang karam terampung-ampung,Hanyut ke beting dalam londang;Pakai kain belah betung,Dipukul angin terbuka lapang.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Lapan ekor rejang polong,Polong terlindung di bawah tangga;Simpan diri sebagai burung,Bagi emas tinggi harga.

Panton Dondang Sayang Baba, Vol. II (Koh & Company, Singapura, 1912)
Kasih & Cinta

Geringsing wayang tulis perada,Kain antilas saya embunkan;Kasih sayang bilakan ada,Belas kasihan saya pohonkan.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Buah remunia buah sentul,Mari jatuh tergolek-golek;Kalau encik tak kurang sanggul,Sayapun tak kurang tenggek.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Sindiran

Kecuali anak-anak sekarang ini,Laki-laki dan perempuan sama berani,Sama bermain ke sana sini,Sebagai orang laki bini.

Wikisource (CC BY-SA)