Khazanah Pantun

Pantun Melayu klasik

2560 rangkap warisan, tersusun ikut tema. Rangkap pilihan disertai huraian makna dan analisis rima.

Pelbagai

Rotan sega dikerat-kerat,Hendak ikat pagar berjala;Periok tembaga bersenam karat,Kalau dikalai baharu semula.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Sekoci pengarak perang,Sekonar kepala perang;Bintang timur pengarak siang,Kapurkan sirih, abang nak pulang.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
BerkaitNasihat

Orang Daik bermain judi,Awan di mega jadi tudungnya;Memang tak baik orang pendengki,Akhir sendiri juga menanggungnya.

Hikayat Chendawan Puteh (dipetik Overbeck, JSBRAS No. 85, 1922)
Pelbagai

Kayu ara tumbang melintang,Mari potong dengan gergaji;Jikalau tidak aral menghalang,Kuulang juga sekali lagi.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Ambil kapak memotong rakit,Rakit datang dari hulu;Langsung kenyang terbelahak terbit,Sebab sengkak tersedu-sedu.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Anak Jawa menggulung benang,Sampai gulung bertanam ubi;Kalau tuan ada mengenang,Mari duduk sama di tepi.

Panton Dondang Sayang & Nyanyian Lain-Lain, Wan Boon Seng (Singapura, 1931)
Pelbagai

Air pasang pasang perbani,Kayuh sampan ke Pasir Panjang;Hati ku takut timbul berani,Kerana tuan hati ku sayang.

Akhbar Peranakan Baba: Kabar Slalu & Kabar Uchapan Baru (1924-1926)
Pelbagai

Dua hari bulan rejang kijang,Kijang betina di hutan Acai;Sungguh berseri emas gurincang,Mana sama hati ku kasai.

Panton Dondang Sayang Baba (Koh & Company, Singapura, 1912)
Pelbagai

Burung gagak baru bertelur,Kiraikan bulu duduk mengeram;Buah masak sampai nak gugur,Duduk menunggu siang malam.

Akhbar Peranakan Baba: Kabar Slalu & Kabar Uchapan Baru (1924-1926)
Pelbagai

Laksamana pergi memikat,Dapat seekor burung cok tanah;Tuan laksana sampan pukat,Mana boleh belayar ke tengah?

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Kasih & CintaIlmu & Belajar

Kalau tuan pergi ke deli,Bawa gula satu tempayan;Kalau pandai membawa diri,Di mana jatuh orang kasihan.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Asah gigi delima merekah,Kilat cahaya bagai ditatah;Kepala dogol kena belah,Kain direndam lupa sesah.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Orang berdamak dengan sumpitan,Pulang di rumah buat kenduri;Semak jangan disangka hutan,Kadang-kadang jadi Negeri.

Pantun Dondang Sayang, Lim Hock Choon (Melaka, 1950)
Sindiran

Yu putih si lumba-lumba,Lalu berenang ke Tanjung Jati;Anak sungai kalau kutuba,Lotong siamang jatuh mati.

Overbeck, The Malay Pantun (JSBRAS No. 85, 1922)
Pelbagai

Di mana kuang bertelur?Di atas lata di ruang batu;Di mana abang nak tidur?Di atas dada di ruang susu.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Bunga senduduk dalam timba,Tuang mari dalam dulang;Seumur hidup menanggung cinta,Kenangkan baik budi orang.

Panton Dondang Sayang & Nyanyian Lain-Lain, Wan Boon Seng (Singapura, 1931)
Pelbagai

Berdiri di balik tilam,Emak berdiri di balik tabir;Saya berjanji sama islam,Engkau berjanji sama si kafir.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Rotan dahan batang cemperai,Dibelah tak mahu sipi;Tiga tahun abang bercerai,Malam tadi masuk mimpi.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Orang Daik jalan berenam,Jalan sampai dalam negeri;Benih tak baik jangan ditanam,Salah menghempas diri sendiri.

Pantun Dondang Sayang Baba, Chia Kim Teck (Melaka, 1950)
Pelbagai

Pelanduk terkial kial,Kena jerat sembilan mata;Mahkota habis dijual,Kerana ikemat serambang mata.

Panton Dondang Sayang Baba (Koh & Company, Singapura, 1912)
Pelbagai

Ruki-ruki tanah betawi,Pinang muda dibelah dua;Fikir-fikir dalam hati,Bantal satu kepala dua.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Kepiting kakinya lapan,Sepitnya dua jadi sepuluh;Pontang-panting di tengah lautan,Kerana belum jumpa puloh.

Terbitan Peranakan Baba, Negeri-Negeri Selat (1889-1950)
Pelbagai

Bunga melur cempaka biru,Bunga rampai di dalam puan;Tuju tahun menanggung rindu,Belum sampai pada mu tuan.

Panton Dondang Sayang Baba (Koh & Company, Singapura, 1912)
Pelbagai

Anak kucing di tepi balai,Masuk ke hutan lompat di batu;Kita miskin khabar tak boleh,Cari hidup belum tentu.

Pantun Dondang Sayang Baba, Negeri-Negeri Selat
Pelbagai

Kutip-kutip pucuk janggus,Mari kutip atas batas;Encik laksana telur kemungkus,Kalau diram tidak menetas.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Pergi seberang membeli ikan,Ikan dibilang satu per satu;Dulu ditatang umpana intan,Sekarang dibuang umpama batu.

Pantun Dondang Sayang Baba, Chia Kim Teck (Melaka, 1950)
Pelbagai

Kalau tuan mandi di sungai,Singgah menebang kayu giam;Saya bernama si anai-anai,Di pasu buruk tempat berdiam.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Tebang kayu nak buat huma,Sudah dibakar baharu memerun;Kumbang melayu tiada berguna,Hilang seri bunga di kebun.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Dari ulu naik ke kota,Singgah ke ladang mengikat padi;Kalau selalu mengadap di mata,Bagai barang dijualnya kodi.

Terbitan Peranakan Baba, Negeri-Negeri Selat (1889-1950)
Pelbagai

Sulam bunga di atas bangku,Bunga gugur di kebun raja;Hai anak mari dipangku,Hendak dihibur hati yang manja.

Cherita Rampay Rampay dan Panton Dondang Sayang (Koh & Company, Singapura, 1916)
Pelbagai

Encik Suboh duduk di pintu,Duduk menjeling terendak tudung;Orang bodoh memang begitu,Fikiran hati mencapai gunung.

Malay Pantun Book, Lim Hock Soon (T.T. Wee, Singapura, 1929)
Pelbagai

Bunga melur cempaka biru,Mahu diisi dalam puan;Tujuh hari menanggung rindu,Serasa tidur di pangku tuan.

Malay Pantun Book, Lim Hock Soon (T.T. Wee, Singapura, 1929)
Pelbagai

Apa takut sama hantu,Hantu ada di kulit sabut;Apa takut dalam hatiku,Sama-sama keris tercabut.

Panton Dondang Sayang Baba (Koh & Company, Singapura, 1912)
Pelbagai

Buah berambang bidara kelat,Daunnya habis dilanggar tupai;Langit ditentang serasa dekat,Habis upaya tidak tersampai.

Malay Pantun Book, Lim Hock Soon (T.T. Wee, Singapura, 1929)
Pelbagai

Dekat labuhan airnya tenang,Tempat orang kail gelama;Budi sedikit kalau dikenang,Garam masin selama-lama.

Pantun Dondang Sayang Baba, Chia Kim Teck (Melaka, 1950)
Pelbagai

Darat Melaka gunung ledang,Nampak dari tanjung jati;Hilang jauh mata memandang,Bilakan boleh lupa di hati.

Panton Dondang Sayang Baba (Koh & Company, Singapura, 1912)
Pelbagai

Sarang penyengat dua serupa,Kerengga bersarang di hujung daun;Sahabat pun ingat saya tak lupa,Seperti ulat kenalkan daun.

Terbitan Peranakan Baba, Negeri-Negeri Selat (1889-1950)
Pelbagai

Inche abang lalu berkuda,Singgah petik bunga julita;Bercampur bulu ijuh dan muda,Nori di mana pandai cerita.

Panton Dondang Sayang Baba, Vol. III ed. ke-2 (Koh & Koh Company, Singapura, 1922)
Kasih & Cinta

Api-api gandarusa,Selasih tumbuh di kampung bali;Ayohai hati janganlah bercinta,Ada untung balik ke mari.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Ular naga Cinta Mani,Toreh mari tuju culanya;Tuan laksana serbat dani,Tuju nabab rasa manisnya.

Panton Dondang Sayang Baba (Koh & Company, Singapura, 1912)
Pelbagai

Anak Cina masuk Melayu,Budak kedai di hujung negeri;Bunga di pokok selalu layu,Tak usah lelai gugur sendiri.

Pantun Dondang Sayang Baba, Chia Kim Teck (Melaka, 1950)
Pelbagai

Damar batu damar kelulut,Belah kundur tengok bijinya;Tanda percaya kata mulut,Belah perut tengok hatinya.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Rumah gedang berkepuk-kepung,Nampak pula tiang tajuknya;Bukannya mudah cakap terlangsung,Siang malam kena mabuknya.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Bulan terang menikam babi,Tertikam ke anak rimau;Orang seberang turun mandi,Pinjam tangan meramas limau.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Jumpa budak menjual tapai,Jual mari segenap Setapang;Alangkah wangi bunga rampai,Baunya keras bukan kepalang. 1 Apr.

Akhbar Peranakan Baba: Kabar Slalu & Kabar Uchapan Baru (1924-1926)
Pelbagai

Bunga cempaka di tepi kubur,Gugur bunga kembang juga;Jangan tuan cakap kufur,Pokok kayu tumbang juga.

Panton Dondang Sayang Baba (Koh & Company, Singapura, 1912)
Pelbagai

Tudung tidak sebesar belanga,Kukus ketupat di dalam kuali;Terlanjur sudah saya bertanya,Tempat di mana bunga yang wangi.

Panton Dondang Sayang Baba, Vol. III ed. ke-2 (Koh & Koh Company, Singapura, 1922)
Kasih & Cinta

Lada saya lada berbuah,Tanaman anak sungai baharu;Janda saya janda bertuah,Sedang sayang bertambah baharu.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Dari telok pergi pengkalan,Bermain di bawah pohon kepayang;Saya umpama habuk di badan,Dipukul angin terbang melayang.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Bukan bunga rendam di cangkir,Bunga kembang bersatu-satu;Di hati anak sedang tak fikir,Sikit tak timbang di gandung ibu.

Cherita Rampay Rampay dan Panton Dondang Sayang (Koh & Company, Singapura, 1916)
Pelbagai

Tinggi bukit silang gemilang,Tempat puteri beriang-riang;Kasih di hati bila akan hilang,Itulah membuat terbayang-bayang.

Akhbar Peranakan Baba: Kabar Slalu & Kabar Uchapan Baru (1924-1926)
Pelbagai

Candu celaka jangan ditubi,Tulang rusuk bagai seligi;Sahabat renggang saudara benci,Datang ketagih hendak mencuri.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Anak rakan turun merair,Naik di perahu wangkang Cina;Kelibat ikan di dalam air,Siapa tahu jantan betina.

Pantun Dondang Sayang Baba, Chia Kim Teck (Melaka, 1950)
Pelbagai

Hari hari duduk bersisir,Sisir pakai bunga rampai;Hari hari duduk berfikir,Apa difikir belum sampai.

Panton Dondang Sayang Baba (Koh & Company, Singapura, 1912)
Pelbagai

Gula madu satu kendi,Mari salin dalam oyang;Sedang madu lagi berbudi,Ini kan pulak kasai sayang.

Panton Dondang Sayang Baba, Vol. III ed. ke-2 (Koh & Koh Company, Singapura, 1922)
Pelbagai

Kuih wajik pulutnya rangup,Beri makan orang di kota;Ada yang celik lagi tak sanggup,Inikan pula orang yang buta.

Pantun Dondang Sayang Baba, Chia Kim Teck (Melaka, 1950)
Pelbagai

Akan berulam pucuk medang,Ulam mari pagi hari;Kalau tiada buaya gedang,Hampir pengkalan saya mandi.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Tebang anak sebuah negeri,Jatuh terhempas di buku kayu;Kalau tua membawa diri,Mana bolai menanggung malu.

Panton Dondang Sayang Baba, Vol. III ed. ke-2 (Koh & Koh Company, Singapura, 1922)
Pelbagai

Tetak kayu di kebun Cina,Lebat secarang dengan buahnya;Tuan tahu saya bertanya,Permintak dagang apa mulanya.

Panton Dondang Sayang Baba, Vol. III ed. ke-2 (Koh & Koh Company, Singapura, 1922)
Pelbagai

Orang seluk dalam sungai,Dapat seekor anak kerapu;Kaki cabuk untut punai,Tiada boleh pakai sepatu.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)