Khazanah Pantun

Pantun Melayu klasik

2560 rangkap warisan, tersusun ikut tema. Rangkap pilihan disertai huraian makna dan analisis rima.

Pelbagai

Tempa kapak dengan beliung,Hendak tetak kayu berduri;Tuan di atas kemuncak payung,,Patik di bawah menjunjung duli.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Orang jawa menjual susu,Beli di pantai tepi perahu;Besarlah hawa dengan nafsu,Tulis pandai baca tak tahu.

Panton Dondang Sayang Baba, Vol. III ed. ke-2 (Koh & Koh Company, Singapura, 1922)
Pelbagai

Burung pipit di atas carang,Makan padi di tepi kolam;Pandai sedikit tidakkan kurang,Jadi berkarang hati di dalam.

Panton Dondang Sayang & Nyanyian Lain-Lain, Wan Boon Seng (Singapura, 1931)
Nasihat

Enche Japar mudik menyabung,Ayam kelabu disangka tedung;Kalau lapar makankan jagung,Bambu jangan disangka rebung.

Overbeck, The Malay Pantun (JSBRAS No. 85, 1922)
Pelbagai

Naik bukit conggang-congit,Cari kayu membuat lesung;Kena tembup perut buncit,Lama-lama menjadi busung.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Kain telepuk dari Keling,Pakai anak datuk penghulu;Ombak bertepuk di tepi tebing,Nantikan hujan dari hulu.

Panton Dondang Sayang Baba (Koh & Company, Singapura, 1912)
Pelbagai

Jikalau surut air di pantai,Sangkutkan tali atas galangan;Mahu diturut tarik tak sampai,Takut menjadi alang-alangan.

Malay Pantun Book, Lim Hock Soon (T.T. Wee, Singapura, 1929)
Pelbagai

Maling-maling di tepi belukar,Gelugur ditebing tinggi;Dibanding tidak bertukar,Diukur sama tinggi.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Adat & Bangsa

Kambing ini kambing biri-biri,Hendak makan pucuk cerucuh;Sirih raja, pinang menteri,Yang mana patut makan dahulu.

Overbeck, The Malay Pantun (JSBRAS No. 85, 1922)
Pelbagai

Tunggu dusun durian cempedak,Manggis rambutan langsat duku;Kaki pantilun sebelah pandak,Tumit melecer makan sepatu.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Saya pergi ke rumah cik akup,Singgah mengutip buah kerekup,Hari petang panaspun redup,Alangkah sedap angin bertiup!

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Kasih & Cinta

Bunga rampai di dalam puan,Ruku-ruku dari Peringgit;Belum sampai padamu tuan,Rindu saya bukan sedikit.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Orang mengkalis memukat gelama,Pukat dirintang di tanjung pauh;Hati marah padah datangnya,Hati hiba membawa jauh.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Orang berladang di tepi bukit,Tanam kelapa jarang-jarang;Cinta sayang bukan sedikit,Bukan siapa tuanlah seorang.

Malay Pantun Book, Lim Hock Soon (T.T. Wee, Singapura, 1929)
Pelbagai

Tinggi bukit gunung senanti,Daun palas makanan kalui;Penatlah saya duduk menanti,Padang yang telas berbalik balui.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Terbang balam sidua-dua,Hinggap di atas pokok sentul;Abang pandang, adik tertawa,Hati dalam sama tak betul.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Adat & Bangsa

Lumba-lumba main gelombang,Riaknya sampai ke indiragiri;Cuba-cuba bertanam mumbang,Kalau tumbuh turus negeri.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Hari panas ribut berdengung,Buah semetong berayun putik;Hitam manis duduk termenung,Emas lancung terbawa mudik.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Dua kali saya ke jawa,Gunung belitung beringgit-ringgit;Dua kali saya kecewa,Hidung dicium pipi digigit.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Anak kala lalu sekawan,Mati seekor di tepi kubur;Kasih bertemu kepada tuan,Jikalau mati seribu syukur.

Panton Dondang Sayang Baba (Koh & Company, Singapura, 1912)
Pelbagai

Seekor chinatan melawan tedung,Mati ditikarn puting taji;Bintang sebiji nampak bergulung,Bagai bulan dengan matahari.

Malay Pantun Book, Lim Hock Soon (T.T. Wee, Singapura, 1929)
Pelbagai

Sudah bongkok jangan menyerangguh,Boleh susup dari bawah;Orang tua bongkok menggelisah gaduh,Kena serkup di bawah kawah.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Jolok-jolok buah beringin,Jolok mari di dalam semak;Jikalau ada guliga angin,Burung yang liar bolehlah jinak.

Malay Pantun Book, Lim Hock Soon (T.T. Wee, Singapura, 1929)
Budi & Jasa

Anak merak di kampung cina,Cari makan kepala titi;Emas perak kebesaran dunia,Budi yang baik membawa mati.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Budi & Jasa

Burung kedidi di sambar lang,Bawa naik ke pokok tinggi;Budi tuan mana nak hilang,Sudah mesera di dalam hati.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Kasih & Cinta

Selasih alang gemilang,Kayu hidup dimakan api;Kalau kasih alang kepalang,Dari hidup baik kumati.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Tanam selasih tanam langundi,Petik mari isi di loyang;Jikalau berkasih tidak berbudi,Di mana datang bercinta sayang.

Malay Pantun Book, Lim Hock Soon (T.T. Wee, Singapura, 1929)
Pelbagai

Kain singklat di atas peti,Rumput wangi tengah jalan;Tidur selerlap masuk mimpi,Bayang-bayang sangkakan tuan.

Panton Dondang Sayang Baba (Koh & Company, Singapura, 1912)
Pelbagai

Anak ayam turun enam,Mati seekor tinggal lima;Kapal di laut habis jahanam,Lalu dipanggil tukang cina.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Kasih & Cinta

Batang selasih permainan budak,Berdaun sehelai dimakan kuda;Bercerai kasih, bertalak tidak,Seribu tahun kembali juga.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Encik Salleh anak Encik Daud,Pegang dayung sebelah kanan;Kalau boleh karam di laut,Seribu syukur atas junjungan.

Pantun Dondang Sayang Baba, Chia Kim Teck (Melaka, 1950)
Pelbagai

Orang bergala di haluan,Sarat muat cendana garu;Mintakkan doa moga-mogaan,Bolehlah rezeki datang selalu.

Panton Dondang Sayang Baba, Vol. II (Koh & Company, Singapura, 1912)
Pelbagai

Orang mengail di tengah laut,Dapat seekor tenggiri batang;Jikalau tidak bersangkut paut,Budi yang mana boleh datang.

Malay Pantun Book, Lim Hock Soon (T.T. Wee, Singapura, 1929)
Pelbagai

Merpati kepak bersilang,Turun ke bendang makan padi;Simpan di peti takutkan hilang,Baik kusimpan di dalam hati.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Tujuh hari bulan rejang tikus,Tikus beranak di atas kota;Tangkai hati bagai hendak putus,Sebab kasih jauh di mata.

Panton Dondang Sayang Baba (Koh & Company, Singapura, 1912)
Pelbagai

Cahaya songket di balai cina,Cina pandai menulis awan;Saya sakit nak cium bunga,Bunga dicium serasa tuan.

Panton Dondang Sayang Baba, Vol. III ed. ke-2 (Koh & Koh Company, Singapura, 1922)
Pelbagai

Cik ambong pergi menggetah,Dapat puyuh tepi perigi;Sedang rebung baik dipatah,Jadi buluh melepuh jari.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Encik Hassan menetak atap,Atap direndam hujungnya basah;Sekalian jemputan datang mengadap,Bawa gurindam yang halus bahasa.

Pantun Dondang Sayang Baba, Chia Kim Teck (Melaka, 1950)
Pelbagai

Anak itik dari seberang,Bawa ke negeri dibeli orang;Ibarat bagai batik Semarang,Makin cuci makin terang.

Panton Dondang Sayang & Nyanyian Lain-Lain, Wan Boon Seng (Singapura, 1931)
Pelbagai

Keriat di bawah tangga,Mari dikobak balau-balau;Tuan cerdik saya bertanya,Mana jejak anggau-anggau?

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Ilmu & Belajar

Anak siam berbaju siam,Pandai gunting bunga kecubung;Sungguh nampak duduk diam,Laksana gunting makan hujung.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Menitik embun di gunung sari,Buah delima di dalam puan;Dua tiga boleh dicari,Mana sama denganmu tuan?

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Belayar menyusur tebing,Sarat bermuat bunga lalang;Hidung dicium bau emping,Itulah tanda anak peladang.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Kasih & Cinta

Anak dara menimba perigi,Putuslah timba tinggal tali,Biarlah jiwa kekanda pergi,Janganlah tuan berosak hati.

Wikisource (CC BY-SA)
Kasih & CintaAdat & Bangsa

Nasi kunyit panggang ayam,Tupai melompat menghalau pari;Bumi tersengat dunia karam,Kasih melenggang di tengah negeri.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Limau purut delima muda,Rambutan Aceh, apa bijinya?Kalau turut hati yang muda,Rumah tangga apa jadinya?

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Katang-katang berisi manik,Yang sebiji berisi gelam;Ulurkan tangan kami nak naik,Kami datang malam kelam.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Kasih & Cinta

Kembang cempaka ke peraduan,Tempat bertandang bidadari;Kasih sayang dalam pangkuan,Penghibur hati payah dicari.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Bunga sekudup di tepi resam,Gugur setangkai dimakan ulat;Tuan seumpama air zam zam,Sakit diminum menjadi ubat.

Panton Dondang Sayang Baba, Vol. III ed. ke-2 (Koh & Koh Company, Singapura, 1922)
Pelbagai

Cukin datang dari cina,Pasir putih di sarang helang;Miskin sudah dagang yang hina,Hitam putih dikata orang.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Kain bali selendang bali,Serindit makan lada muda;Jikalau tidak kenang sekali,Kenang sedikit ada jua.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Baik baik makan ikan,Jangan makan kepalanya;Baik baik bersimpan intan,Jangan hilang kilat cahayanya.

Panton Dondang Sayang Baba, Vol. III ed. ke-2 (Koh & Koh Company, Singapura, 1922)
Pelbagai

Banyak syaitan dari Kedah,Pergi ke laut makan ketam;Peluk sudah cium sudah,Membuat rosak hati di dalam.

Panton Dondang Sayang Baba, Vol. II (Koh & Company, Singapura, 1912)
Pelbagai

Kampung sebuah masuk kawar,Kibas jampung tengah malam;Saya laksana ikan di lahar,Kena tuba timbul tengelam.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Orang Cina belayar kapal,Membawa muat sebukas tebu;Saja anak tak ambil di akal,Berapalah ada bercinta ibu.

Cherita Rampay Rampay dan Panton Dondang Sayang (Koh & Company, Singapura, 1916)
Pelbagai

Bukan kelam bernampak redup,Sediakan rantai jadi kemudi;Kalau ditanam pokoknya hidup,Buahnya boleh membalas budi.

Pantun Dondang Sayang Baba, Chia Kim Teck (Melaka, 1950)
Pelbagai

Orang sekarang suka mengumpat,Toksa diumpat ku kenal rupa;Panjang sejengkal tak tahu bersukat,Hendak melangkah jauh sedepa.

Panton Dondang Sayang Baba, Vol. III ed. ke-2 (Koh & Koh Company, Singapura, 1922)
Pelbagai

Lipat baju dalam puan,Tukang pakai raja andoman;Baik bantu umbun di awan,Boleh lah senang sekalian tanaman.

Panton Dondang Sayang Baba, Vol. III ed. ke-2 (Koh & Koh Company, Singapura, 1922)
Pelbagai

Tetak-tetak batang sentul,Buat mari hulu parang;Jikalau kasih hati tak betul,Mahu dibuang haram tak sayang.

Malay Pantun Book, Lim Hock Soon (T.T. Wee, Singapura, 1929)
Pelbagai

Menjala membawa mudik,Dapat pari yu lampai;Saya bertanya kepada adik,Apakah hari iddah kan sampai?

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)