Khazanah Pantun

Pantun Melayu klasik

2560 rangkap warisan, tersusun ikut tema. Rangkap pilihan disertai huraian makna dan analisis rima.

Pelbagai

Ambil arang tempa lembing,Hendak tikam binatang seladang;Kalau bisu hatinya bising,Tak dapat silap naik berangsang.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Sindiran

Sudah gaharu,cendana pula;Sudah tahu,bertanya pula.

Wikisource (CC BY-SA)
Pelbagai

Sehari bulan rejang kuda,Kuda hitam pelana kain;Selama bertolan pada adinda,Niat tidak pada yang lain.

Panton Dondang Sayang Baba (Koh & Company, Singapura, 1912)
Pelbagai

Kain cukin dari seberang,Tukang menjahit Raja di China;Miskin tak boleh disebut orang,Pakhil mahu baik jantan betina.

Panton Dondang Sayang Baba, Vol. III ed. ke-2 (Koh & Koh Company, Singapura, 1922)
Pelbagai

Ayam denak ekornya pandak,Diberi taji berjela-jela;Sungguh cantik dapatnya tidak,Dalam hati sama menggila.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Apalah riuh di kota Melaka,Budak-budak bersepak raga;Hairan sekali tidak disangka,Cincin permata jatuh harga.

Akhbar Peranakan Baba: Kabar Slalu & Kabar Uchapan Baru (1924-1926)
Pelbagai

Orang mengail di tepi pantai,Dapat seekor bawal cermin;Niat kita sudahlah sampai,Banyak orang bertadah amin.

Panton Dondang Sayang & Nyanyian Lain-Lain, Wan Boon Seng (Singapura, 1931)
Pelbagai

Samperan di tepi paya,Buah rokam batang berduri;Hairan sekali di hati saya,Intan maknikam jadi sendiri.

Panton Dondang Sayang Baba, Vol. III ed. ke-2 (Koh & Koh Company, Singapura, 1922)
Pelbagai

Anak cicak lalu semalam,Mati dipancung pendekar tadi;Alangkah gelap sekitar alam,Apa sebab hujan tak jadi?

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Anak ayam turun sebelas,Mati seekor tinggal sepuluh;Mata siapa tidak kan belas,Melihat kapal beralih labuh?

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Pikul pasir harinya redup,Turun angin barat daya;Hendak kasih seumur hidup,Orang tak mahu apakan daya. 25 Mar.

Akhbar Peranakan Baba: Kabar Slalu & Kabar Uchapan Baru (1924-1926)
Pelbagai

Berderap bunyi di Kualah,Lalu ke pantai petik pauh;Niat diminta kepada Allah,Sobat handai angan lah jauh.

Panton Dondang Sayang Baba, Vol. III ed. ke-2 (Koh & Koh Company, Singapura, 1922)
Pelbagai

Budak-budak duduk di parit,Mahu mandi lalu berdiri;Jikalau tiada bintang terbit,Bulan yang mana sajakkan diri.

Malay Pantun Book, Lim Hock Soon (T.T. Wee, Singapura, 1929)
Pelbagai

Terbang kumbang dari kayangan,Terbang sampai ke bandar luka;Kuntum melata berkembangan,Hati di mana bolai tak suka.

Panton Dondang Sayang Baba, Vol. III ed. ke-2 (Koh & Koh Company, Singapura, 1922)
Pelbagai

Angin kencang belayar kapal,Pasang meriam empat puluh esa;Mengikut disayang mengikut nakal,Kalau didiam jadi biasa.

Cherita Rampay Rampay dan Panton Dondang Sayang (Koh & Company, Singapura, 1916)
Pelbagai

Sayur turi dimasak lemak,Perah santan di dalam kuali;Sedang nuri kadang tak jinak,Murai di hutan apakan lagi.

Pantun Dondang Sayang, Lim Hock Choon (Melaka, 1950)
Pelbagai

Layar ke pulau beli nila,Kain singklat di atas peti;Itu membuat hatiku gila,Tidur selerlap masuk nimpi.

Panton Dondang Sayang Baba (Koh & Company, Singapura, 1912)
Pelbagai

Buah padi isi dijalur,Bercampur dengan buah rumenia;Sudah mati mayat terlunjur,Barulah habis sesak di dunia.

Malay Pantun Book, Lim Hock Soon (T.T. Wee, Singapura, 1929)
Pelbagai

Tetak langundi tetaklah palas,Bawa orang pergi belayar;Adat budi mahu dibalas,Bagai hutang sudah dibayar.

Malay Pantun Book, Lim Hock Soon (T.T. Wee, Singapura, 1929)
Pelbagai

Hendak dijahit bukannya benang,Hendak disulam kain sutera;Saya menyanyi bukannya senang,Cuma hiburkan hati yang susa.

Panton Dondang Sayang & Nyanyian Lain-Lain, Wan Boon Seng (Singapura, 1931)
Pelbagai

Selasih di teluk dalam,Datang kapas lubuk tempurung;Saya umpama si burung balam,Mata lepas badan terkurung.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Beting bersekat di Kuala Linggi,Saudagar Cina belayar kapal;Bukannya pangkat membawa tinggi,Lama-lama pulang ke asal.

Pantun Dondang Sayang Baba, Chia Kim Teck (Melaka, 1950)
Pelbagai

Kalau tak jadi padi terengganu,Anak balam melambung tinggi;Kalau tak jadi muda cik anu,Wa-llahu alam dagang di sini.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Itik belibis pandai berenang,Tangkap mari anak perompak;Adakah budi orang tak kenang,Kerana miskin budi tak nampak.

Malay Pantun Book, Lim Hock Soon (T.T. Wee, Singapura, 1929)
Pelbagai

Kaca rasa bayang cermin,Jatuh terpijak atas papan;Tuan tak paksa saya tak ingin,Tidak rosak badan ku simpan.

Terbitan Peranakan Baba, Negeri-Negeri Selat (1889-1950)
Adat & Bangsa

Disumbat-sumbat dipadat-padat,Gelojoh makan babi tak cukup;Kelaku buruk kena jajat,Malu tak boleh tudung serkup.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Terendak tepinya lentik,Jatuh tercampak ke jambangan;Kalau terkenang budi yang baik,Hati rosak berpanjang-panjangan.

Malay Pantun Book, Lim Hock Soon (T.T. Wee, Singapura, 1929)
Pelbagai

Buat pagar batang rengis,Mari dipakai tumbuk kopinya;Laut terbakar gunung menangis,Hari pagi tampak apinya.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Kasih & Cinta

Terkukur di gulai lemak,Selasih di bawah batang;Sudah lumpur jalannya semak,Sebab kasih beta datang.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Besar rumah di tengah padang,Tempat tinggal Raja Melayu;Janganlah susah hati dagang,Carikan bukit keringkan kayu.

Malay Pantun Book, Lim Hock Soon (T.T. Wee, Singapura, 1929)
Pelbagai

Tanjong Tuan tempat bermain,Duduk memancing ikan gelama;Tuan jangan berhati lain,Hidup kita berdua sama.

Malay Pantun Book, Lim Hock Soon (T.T. Wee, Singapura, 1929)
Pelbagai

Pecah pukat ditempuh ikan,Pukat terbentang di tanjung tuan;Hilang buntat berganti intan,Intan terduduk di payung bulan.

Panton Dondang Sayang Baba, Vol. III ed. ke-2 (Koh & Koh Company, Singapura, 1922)
Pelbagai

Jalan-jalan sepanjang alam,Singgah-menyinggah dipagar orang;Pura-pura mencari ayam,Ekor mata di anak orang.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Orang menembak di pulau hantu,Asapnya ada tabun-menabun;Seumpama bunga dinaung batu,Taruknya kaca tangkainya embun.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Tok ungku ke telok piai,Gulai keli tidak berlada;Niat hati berkapan cindai,Sudah terbeli kasa belanda.

Panton Dondang Sayang Baba, Vol. II (Koh & Company, Singapura, 1912)
Pelbagai

Kapak beliung tersangkut sutera,Dikaitkan anak pakai di ulu;Hendak diharung takut cedera,Baiklah kita berfikir dulu.

Terbitan Peranakan Baba, Negeri-Negeri Selat (1889-1950)
Pelbagai

Meriam kompeni cobak bermain,Sirai di kait puannya empat;Kain sekodi berlain lain,Selai yang baik baru mendapat.

Panton Dondang Sayang Baba, Vol. III ed. ke-2 (Koh & Koh Company, Singapura, 1922)
Pelbagai

Kalau tuan tombak rencana,Ambil gantang sukatkan lada;Kalau tuan bijaksana,Apa binatang tidak kepala.

Panton Dondang Sayang & Nyanyian Lain-Lain, Wan Boon Seng (Singapura, 1931)
Pelbagai

Kayuh perahu jangan diuit,Baik kabir haluan ke tepi;Kena seorang jangan dirawit,Aniaya tekena tak apa jadi.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Kain sutera tenunan kayang,Kalau kayang ada puncanya;Tidak begitu orang sayang,Kalau sayang ada rupanya.

Panton Dondang Sayang Baba (Koh & Company, Singapura, 1912)
Kasih & CintaPerpaduan

Di atas kota pokok jati,Sayang jati tiada berbunga;Tuan seorang mahkota hati,Hidup mati kita bersama.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Sudah bercabang, bercandik pula,Buah mempelam di dalam padi;Sudah abang, adik pula,Asal berkenan di dalam hati.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Mari panggang ikan bawal,Makan bercicah dengan cukanya;Sedang kembang tuan tak jual,Sudah layu apa gunanya?

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Agama

Laksamana tukang tutuhnya,Sandar-menyandar di batang pinang;Bagaimana akan membunuhnya?Tembak dengan peluru pertunang.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Anak cina mudik ke linggi,Patah kemudi tiada sampai;Tuan laksana pohon yang tinggi,Semut di bumi bila tercapai?

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Sultan Ali datang bertanya,Laut terbuka beberapa belat;Negeri yang ada kita yang punya,Apa suka boleh dibuat.

Pantun Dondang Sayang Baba, Chia Kim Teck (Melaka, 1950)
Pelbagai

Laksamana bermain raga,Mengerat senyum sekati harga;Kau laksana bunga cempaka,Makin dipandang bertambah dahaga.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Sindiran

Manis sungguh tebu seberang,Dari akar sampai ke pucuk;Manis sungguh mulut orang,Kena tipu dalam pujuk.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Orang berjalan di atas gunung,Mahu seberang mencari rakit;Jikalau belum Allah mahu tolong,Wang diletak jadi penyakit.

Malay Pantun Book, Lim Hock Soon (T.T. Wee, Singapura, 1929)
Pelbagai

Baik baik membeli kain,Jangan terbeli kain Surabaya;Baik baik mencari lain,Jangan cari semacam saya.

Panton Dondang Sayang Baba (Koh & Company, Singapura, 1912)
Sindiran

Pinggan tak retak,nasi tak dingin;Engkau tak hendak,aku tak ingin.

Wikisource (CC BY-SA)
Ilmu & Belajar

Bulunya jatuh ke petani,Dua puluh anak merpati;Tiada sama mudaku ini,Sungguh pandai memujuk hati.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Anak itik anak angsa,Makan padi di padang temu;Pahit maung belum dirasa,Mana tuan berkabar jemu.

Panton Dondang Sayang Baba, Vol. III ed. ke-2 (Koh & Koh Company, Singapura, 1922)
Pelbagai

Puteri tujuh turun berperang,Rakyatnya banyak dalam bilangan;Daunnya hijau buahnya kurang,Buatkan semak dalam halaman.

Panton Dondang Sayang Baba, Vol. II (Koh & Company, Singapura, 1912)
Pelbagai

Asal ada sama ke padi,Pergi ke pantai berjual kapas;Asal ada sama di hati,Gajah terantai boleh dilepas.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Nasihat

Jalan-jalan ke pasar baru,Jangan lupa beli sagu,Janganlah engkau melawan ibu,Kerana syurga ada di telapak kaki ibu.

Wikisource (CC BY-SA)
Pelbagai

Menora ke selayang,Apalah tuai digadaikan?Bodoh si ponggok cerdik si helang,Mengapa murai hendak dikinakan?

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Mahu malam sudahlah hari,Mahu menjahit pasang pelita;Jikalau pandai membawa diri,Banyak orang pujikan kita.

Malay Pantun Book, Lim Hock Soon (T.T. Wee, Singapura, 1929)
Pelbagai

Tergolek-golek di balik kota,Tanam lengkuas di pagar tepi;Kalau bolai bertentang mata,Baru puas di dalam hati.

Panton Dondang Sayang Baba, Vol. III ed. ke-2 (Koh & Koh Company, Singapura, 1922)
Pelbagai

Anak beruk memakan siput,Disambar oleh buaya katak;Laksana sabut di tengah laut,Tenggelam timbul di lambung ombak.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)